Tuesday, July 17, 2012

Telefon bimbit ke sekolah

Mulai dari 2013, budak-budak sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Lepas tu macam biasalah, sebagai rakyat sebuah negara penuh demokrasi, semua orang sibuk nak sokong atau bangkang keputusan ini. Termasuklah aku. Akunak menyibuk jugak ni.


Aku sokong gila babi ah. Sebabnya, dari sudut keselamatan. Dan juga dari sudut lalu-lintas. Hah, kau mesti tertanya-tanya apa kena-mengena sudut lalu-lintas dengan bawa telefon bimbit ke sekolah bukan? Biar aku terangkan sikit sebab memang sikit je pun yang aku nak tulis.


Mula-mula dari sudut keselamatan. Dulu aku pernah jugak masa aku cuti musim panas, kerja aku jadi drebar adik aku. Beliau nak pergi sekolah, aku yang hantar, beliau nak balik sekolah, aku yang pergi ambil. Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku tertidur sampai ke petang. Adik aku pulak terpaksa tunggu dekat pintu sekolah selama sejam setengah. Sebabnya beliau nak telefon aku tak boleh. Nasib baiklah beliau tidak diangkut oleh mana-mana penculik. Aku syak mungkin kerana beliau tidaklah begitu comel rupa parasnya, berlainan dengan aku. Jadi lepas ni, aku dapat jangka kes-kes culik budak ataupun kes-kes budak lari rumah lepas habis sekolah akan berkurangan. Aku jangka je lah.


Lepas tu dari sudut lalu-lintas. Kau pernah pergi lalu tepi sekolah waktu kelas baru habis? Sesak hoi! Sebabnya golongan pakcik makcik letak kereta tepi jalan sebab nak tunggu anak habis sekolah. Jalan yang besar tu tetiba rasa macam kecik ya amat sebab penuh dengan kereta. Jadi, kalau dah ada telefon ni senang la sikit, lancar la sikit lalu-lintas, sebabnya pakcik makcik ni tak payah dah nak tunggu anak-anak kot-kot kelas habis lambat. Dan anak-anak takda la tercongok-congok depan sekolah nak jenguk kot-kot mak pak beliau dah sampai atau belum.


Yang kelakarnya. Ada orang cakap, budak-budak sekolah dekat Malaysia ni tak cukup berdisiplin untuk bawa telefon bimbit ke sekolah. Sebabnya nanti budak-budak ni tak fokus dalam kelas asyik nak main telefon bimbit. Heh. Tak timbul sebenarnya isu disiplin ni pada pendapat aku yang super kacak. Lagipun, kalau dalam bab-bab disiplin ni, semuanya bermula dari rumah. Mungkin orang yang keluarkan pendapat ni jenis dia sendiri tak berdisiplin. Cikcu-cikgu dekat sekolah tu kan ada, pandai-pandai lah beliau nak pantau budak-budak dalam kelas tu, yang kau sibuk nak persoal kenapa?


Lepas tu ada lagi yang jenis suka mengimbau masa lampau. "Ah, tak adil langsung, dulu masa aku tak boleh pun bawak telefon ke sekolah! Kerajaan tak adil!" Kalau kau nak main macam tu, maknanya sekolah sekarang tak payah lah pasang kipas den letak kerusi sebabnya masa sebelum merdeka dulu, sekolah atuk dan nenek aku mana ada kipas dan mana ada kerusi! Tak adil bagi mereka! Jenis yang dengki gila babi, padahal benda ini esok mungkin akan selamatkan anak cucu beliau sendiri dari diculik.





Sikit je tu aku tulis. Kalau ikutkan hati memang panjang lagi nak tulis, tapi aku taknak ikut hati, nanti mati. Kahkahkah.




 

2 comments:

Anonymous said...

bro,nak komen sket psal entri nih...ni pandangan aku laa sbg cikgu...yes,ada baik budak2 bleh bwk henfon tp xkurang jugak buruknye..bab yg pakcik makcik tggu tu xdinafikan tp patutnya diorg tu dah tahu anak2 diorg blk lmbt sbb skolah mmg akan kuarkan surat kalo ada kelas tmbhan ke, program ke..kalo bab cikgu yg kena pantau murid yg bwk fon tu nnt, yg ni aku kurang setuju..sbb...cikgu byk lg keje lain..unless 'garis panduan' yang diorg ckp nak kuarkan tu nnt akan statekan cane nak implement this thing..sori, aku just bg pendapat..

PokaPola said...

@anon : betul. tapi bab budak-budak keluar lambat tu kadang-kadang bukannya ada kelas tambahan atau program pun, tapi cikgu bagi keluar lambat. Yang part pantau tu, maksud aku, semasa cikgu tu mengajar dalam kelas tu, masa tu la dia pantau budak-budak dalam kelas, bukannya sepanjang masa nak kena pantau. Memang ada baik memang ada buruk, tapi kalau bab-bab keselamatan, memang kena utamakan keselamatan, biarlah ada buruk satu dua tiga benda.