Monday, July 9, 2012

Cermin cermin di dinding

Sejak kewujudan lawan sosial, aku rasa manusia dah lupa akan satu jenis adat. Adat memberi pandangan atau pun nasihat. Kalau berdasarkan pemerhatian mata kasar aku, trend sekarang adalah, asalkan kau ada akaun di laman sosial, kau ada lesen untuk memberi pandangan atau pun nasihat.


Salah dari adat sebenarnya. Ada yang jenis belum berkahwin, belum berumahtangga, tapi dah letak status ala-ala makcik-makcik anak tiga ataupun pakcik-pakcik bini empat. "Kebahagian sesuatu pasangan itu lahirnya dari blahblahblah tengkorak nenek hang." Bagi aku lah, yang dah ada pengalaman dalam hubungan percintaan monyet ni (silakan ptuih), selagi kau tak melafafazkan akad nikah, kau tak layak nak bagi pandangan atau nasihat berkenaan hal-hal perkahwinan.


Dia serupa kau hisap rokok. Tapi kau sibuk pergi bagi nasihat dekat kawan kau "Jangan hisap rokok, baik kau berhenti." sambil kau hembus asap rokok. Diri sendiri entah ke mana, tapi ada hati dan perut nak bagi nasihat.


Satu lagi. Yang jenis nak bagi pandangan berkaitan hal-hal keagamaan. Tahukah anda, jika anda memberi nasihat keagamaan sedangkan anda sendiri melakukan sebaliknya dari nasihat itu, anda akan dihukum lebih teruk dari yang tak bagi nasihat tetapi sama-sama melakukan sebaliknya dari nasihat itu, itu yang aku belajar masa aku kat asrama dari seorang arwah ustaz dulu. Hah paham? Dia macam yang hisap rokok tadi jugak, kau hisap rokok dan kau nasihat kawan kau suruh berhenti. Kau dengan kawan kau sama-sama merokok. Tapi kau sibuk nak nasihat. Balasannya, kau dan kawan kau akan dapat kanser peparu. Tetapi tambahan untuk kau adalah kau akan dicemuh 'cakap tak serupa bikin'. Sudahlah dapat kanser, dicemuh masyarakat lagi. Lebih kurang macam tu.


Poen aku dekat sini adalah, orang akan cepat lupa satu benda bila berada di laman sosial. Cermin. Bawa-bawalah cermin diri tu sebelum nak tulis apa-apa. Aku dulu pun sebenarnya dah terjebak sikit dah dengan gejala menasihati tanpa mencermin diri sendiri ni, tapi aku sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sebab tu jugak aku tak mahu share apa-apa jenis artikel atau gambar berkaitan gejala boikot barangan yahudi, sebab aku sendiri masih bergantung kepada barangan mereka. So how? Aku taknak jadi cakap tak serupa bikin. Hari-hari dok ajak orang lain boikot mekdi/coca-cola padahal dua-dua menatang tu dah jadi makanan ruji. Tunggulah perbetulkan diri sendiri dulu, baru boleh berlagak memberi nasihat


"Hang main game lumba kereta ni asyik terbabas ja mak tengok. Dekat tang kona tu hang kena tekan brek!" pernah mak aku bagi nasihat dekat aku masa beliau nampak aku main PS2. Aku terima nasihat tu, sebab masa tu beliau dah ada lesen aku belum ada lagi!

1 comment:

yui said...

got the point..

tp perenggan last lawak.. hahah sempoi sungguh mak anda =p