Friday, July 27, 2012

Masak nasi

Hari tu ustaz aku ada bangkitkan satu permasalahan bahasa. Bagus ustaz aku ni, suka bercerita. Lalu pagi itu beliau bangkitkan perkara ini.


"Masak nasi."


Nampak tak apa masalah dengan ayat kat atas? Kalau ikutkan bahasa skema dewan pustaka, ayat betulnya adalah "tanak nasi". Tapi aku berani jamin ah, 99.99% rakyat Malaysia haram tak pernah pakai perkataan "tanak" kecuali di dalam ayat yang tiada kaitan dengan nasi, macam "Kita tanak kawan awak" ataupun "Aku tanak pergi Sempalit sebab situ bau busuk."


Kalau kau kaji ayat "masak nasi", ada masalah sebenarnya. Kenapa mahu masak benda yang sudah masak? Nasi tu kira dah macam benda yang siap masak, lepas tu kau suruh masak lagi. Macam kau cakap "Saya sedang menggorang ikan goreng." padahal ikan tu dah digoreng dah pun, nak goreng lagi buat apa? Kalau kau nak jugak goreng ikan yang telah digoreng, kau kena cakap "Saya sedang menggoreng BALIK ikan goreng yang telah digoreng oleh emak saya pagi tadi."


Jadi, aku berpendapat ayat yang betul adalah "masak beras". Bila beras tu dah siap dimasak, dia jadilah nasi. Baru betul.


2 comments:

Anonymous said...

1. naik ke atas/turun ke bawah. sudah terang lagi bersuluh, naik memanglah ke atas. turun memanglah ke bawah. takkan turun ke atas, naik ke bawah?

2. hey, mak kita dari dulu cakap "tanak nasik". contoh: "pergi tanak nasik, jangan asik nak membongkang je tengok tv. anak dara apa ni liat nak ke dapur??!!" kata emak kepada kakak saya.

PokaPola said...

@ driedroses : hmm, satu lagi permasalahan berbangkit, bagus! dan mak anda adalah dalam kategori 0.01%, tahniah!