Aku dulu bersekolah di sebuah sekolah asrama yang tak berapa terkenal, sehinggalah kemunculan seorang manusia bernama Neelofa di dada-dada akhbar yang menonjolkan dada beliau. Semenjak kemunculan beliau, entah mengapa ramai lepasan PMR menyuarakan hasrat ingin ke sekolah aku, mungkin di dalam fikiran mereka jika mereka belajar di sana, dapatlah berlakon di layar perak. Haktuih. Haktuih itu sebagai tanda jengkel kepada pemikiran mereka.
Pagi itu pagi Jumaat. Sedia maklum Jumaat adalah hari cuti bagi negeri Kedah. Secara tak langsung sekolah aku yang berada di dalam taklukan Kedah, turut sama-sama cuti. Rutin setiap pagi tidak kiralah cuti ataupun tidak, warden-warden yang rajin bangun pagi (hanya ada tiga seingat aku), akan datang ke asrama untuk mengejutkan kami dari tidur supaya ke surau untuk Subuh secara berjemaah.
Bilik aku serta lagi tiga orang rakan adalah bilik yang paling liat mahu bangun pagi untuk ke surau. Bukan apa, kami lagi senang solat secara senyap-senyap di dalam bilik. Kalau hari Jumaat? Lagilah bertambah malas, bukannya ada kelas pun. Jadi pagi itu seperti biasa kami dikejutkan oleh suara warden. Aku bangun dan menggosok-gosokkan mata, mahu memberi isyarat kepada warden itu bahawa aku sudah bangun tak perlu lagi menjerit di depan pintu bilik.
Langkah pertama yang aku lakukan adalah bangun berdiri di sisi katil, kemudian capai selimutku, lalu menuju ke arah loker member. Dengan senyap-senyap aku bersembunyi di belakang loker tersebut. Ya, aku malas pergi surau. Member aku yang lagi seorang masuk ke dalam loker beliau (loker yang aku menyorok dekat belakang tadi). Ya, KE DALAM loker. Lagi seorang? Tak dapat diselamatkan, selamba dia tidur atas katil. Lagi seorang aku tak nampak masa aku pergi belakang loker member aku, aku bajet beliau dah pergi surau. Rajin pulak. Maknanya dalam bilik aku sekarang ada tiga orang; dua orang menyorok, seorang lagi atas katil.
Yang kami bertiga pun sambunglah tidur secara berjemaah. Sehinggalah sesi jemaah Subuh di surau tamat. Ya, kami pakar dalam bab-bab tertinggal Subuh. Nampak ada tambahan 'ter' dalam perkataan 'tinggal'? Tertinggal. Kenapa kami ke tempat persembunyian masing-masing kau tanya? Sebabnya seperti rutin juga, warden akan kembali ke asrama sesudah jemaah di surau untuk menyimbah air ke muka mereka yang masih tidur. Seperti dijangka, member aku yang sedap terbaring atas katil tadi kena simbah.
Bila dia dah kena simbah, apa lagi menjerit la. Aku dah terjaga dah masa tu, tapi aku duduk senyap-senyap belakang loker member aku. Bila aku dah yakin warden tersebut dah blah, aku pun keluar. Aku, member seorang yang menyorok dalam loker, dan member yang kena simbah tadi gelak-gelak kejap dekat yang kena simbah air tu lantas pergi ke Dewan Selera untuk makan pagi.
Bila dah habis makan pagi, kami pun balik ke bilik. Lepak-lepak. Kami borak-borak sementara menunggu solat Jumaat. Lama la jugak berborak sampai ke pukul lapan setengah pagi. Kami masa tu dah konfius dah, mana hilang lagi seorang member bilik ni? Takkan makan dekat dewan tak habis-habis lagi? Lepas tu, secara tiba-tiba.
Pintu loker member aku yang dari pagi tadi menghilang tetiba terbuka. Kami pun terkejut macam celaka. Dari dalam loker keluar sesusuk tubuh dengan mata separuh celik! Aku dah fikir hantu dah! Rupa-rupanya kau tau siapa? Member aku! Member aku yang aku ingat pergi surau tadi! Beliau lagi awal masuk ke dalam loker! Lagi awal dari warden yang datang kejut!
Kau bayangkang, dari sebelum Subuh, sampai lah ke pukul lapan setengah, beliau tidur dalam loker. Kau bayangkan. Kami yang tadi tangah takut ingatkan hantu keluar dari loker, terus bantai gelak macam celaka. Gila lama kot beliau dalam loker tu!
Kau mesti ingat aku nak cerita pasal hantu kan? Yelah, ini cerita pasal hantu-hantu yang malas ke surau untuk solat Subuh.
Kisah benar.
2 comments:
Haha. Lawak wes.
Hg jangan lupa jogging round kawasan keliling maktab.
Mhmm.
@silverlocket : jogging round maktab? ni masa bila ni? masa yang hampa main pingpong sampai ke tengah malam tu ka? kalau yang tu aku tak terlibat kot. hahahahaha.
Post a Comment