Saturday, July 14, 2012

Sejarah dalam hari ini

Siapa jangka yang lhari ini akan tiba juga? Yang pastinya bukan aku sendiri. Padanlah masa aku bangun pagi tadi hati aku berasa tidak sedap. Padanlah masa aku mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut adik aku jenama Pensonic rambut aku berasa tidak sedap. Padanlah masa aku berak tadi proses pendaratan rasa tidak sedap. Padanlah masa aku makan roti canai pagi tadi kuah roti canai tu tertumpah TIGA titis atas meja kedai makan lantas membentuk simbol aneh-aneh.


Masa aku bawa kereta? Jangan cakaplah, nak masuk gear ribes pun aku rasa semacam dah. Tu belum cerita masa aku nak tekan klaj nak masuk gear satu lagi! Rasa bukan setakat semacam dah, bermacam-macam aku rasa.


Masa aku berhenti dekat lampu isyarat pun aku rasa janggal. Selalunya aku berhenti betul-betul di belakang garisan putih, tapi pagi tadi aku berhenti lebih sikit dari garisan putih tu. Aku cuba juga untuk tidak mempedulikan semua petanda dari Ilahi tu, tapi jauh di sudut hati aku yang paling jauh sekali, aku tahu hari ini sejarah bakal tercipta. Cumanya, masa itu aku belum pasti sama ada sejarah itu sejarah yang baik-baik atau sejarah yang langsung tak baik.


Rupanya. Rupa-rupanya. Sejarah itu adalah sejarah yang langsung tak baik.


Hari ini, iaitu empat belas haribulan tujuh tahun dua ribu dua belas, saya, makhluk paling kacak buat masa sekarang, telah memakan sebiji petai.


Pergh.


Nakharampunya pergh!


Tak sedap langsung hoi!!


Dan yang paling tidak mengujakan aku adalah.


Kencing aku berbau perit.


Pergh.

1 comment:

tuanseliper said...

tahniah utk anda kerana berjaya memakan sebijik petai.nyum3