Friday, March 16, 2012

Saat paling genting

Kau tahu perasaan apa yang paling tak best?




Kau tengah beratur nak naik roller coaster. Tinggal lagi 4 orang depan kau. Roller coaster tu pulak bukannya roller coaster tetapi yang jenis sekali naik 2 orang, menatang tu pusing-pusing kau macam nak mampus tunggang terbalik semua siap. Kau dah beratur lama. Tiba-tiba. Kau rasa nak berak. Yang amat sangat. Memang kenot hold dah.




Member sebelah kau pulak iya-iya nak naik. Nak keluar barisan tak boleh sebab. Memang tak boleh. Barisan yang jenis kalau kau keluar, kau kena tunggu lagi 2617 jam baru boleh naik menatang tu. Jadi apa solusinya? Tahan. Kemut. Dan sedut masuk balik.




Bila dah sampai turn kau, tinja kau dah tinggal 0.0000000001 milimeter je dari nak keluar. Tapi. Kau naik jugak. Dengan keadaan muka kau yang dah berkerut berpeluh, bukan sebab cuak, tapi sebab takut kang terberak atas roller coaster maka bertaburanlah di sekelian taman tema tersebut.




Tetapi, setelah kau dilontar dipusing dihayun dihempas oleh roller coaster tersebut, perasaan ingin meninja itu pun hilang. Turun-turun je dari roller coaster tu, kau rasa macam dilahirkan semua sebab berjaya menahan sesuatu yang sukar ditahan, selama 15 minit.




Kisah benar. Terjadi kepada diri sendiri. Kau tak tahu apa yang diri kau mampu lakukan di saat-saat yang genting. Ye, nak terberak itu adalah saat-saat yang genting.



Terlampaulah ganas bendalah roller coaster tu. Sampaikan tinja pun tak berani keluar, "Hoih hoih gempa Bumi hoih, masuk balik masuk balik, jangan keluar lagi, kita tunggu keadaan reda dulu. MASUK BALIK HOIH. MASUK BALIK."




Pastikan anda berak puas-puas sebelum ke taman tema. 

4 comments:

Amak Kongsi said...

kalau aku sumpah aku rela xnaik.. p jamban lg bagus..

emak. bukan penari tiang said...

aku rasa dua nikmat kecik dan besaq tu, kalau dibantut oleh benda laen, memang gagal nak keluaq kot

kecuali time mati

skulluv said...

aku pernah kat genting.hahaha

PokaPola said...

@ KayNisa : perlu lebih tabah.

@ RaRa : tapi kau nak berak yang teramat sangat, hanya kecekalan hati dapat menahan.

@ aku : "aku pernah kat genting.hahaha", sama ada kau menggunakan 'aku' ataupun kau menggunakan nama kau sendiri iaitu 'aku'. kelakar. kelakarlah kau aku.