Tuesday, March 6, 2012

Peristiwa kambing terbang

Dulu masa aku kat MRSM, pengetua aku ni suka sangat buat ujian pasal personaliti. Setiap minggu. Sampaikan aku trauma, asyik tengok muka beliau, ujian personaliti, asyik tengok muka beliau, ujian personaliti.




Ada satu ujian ni aku ingat gila babi, sampai sekarang. Perumpamaan yang beliau bagi adalah 'Peristiwa Kambing Terbang'. Personaliti ada empat jenis.




Personaliti 1

"Hoih, kau tahu tak tadi aku nampak seekor kambing terbang?"
-"Kambing terbang? Tipulah. Cuba kau buktikan kambing boleh terbang, baru aku percaya."




Personaliti 2

"Hoih, kau tahu tak tadi aku nampak seekor kambing terbang?"
-"EH? Kambing terbang? Kau rasa berapa kelajuan serta ketinggian kambing tersebut terbang? Daya tujahan?"




Personaliti 3

"Hoih, kau tahu tak tadi aku nampak seekor kambing terbang?"
-"....tahu dah, aku selalu je nampak kambing terbang. Hari-hari. Tak heran lah."




Personaliti 4

"Hoih, kau tahu tak tadi aku nampak seekor kambing terbang?"
-"KAU NAMPAK KAMBING TERBANG!!?? AKU DAH AGAK DAH!! AKU DAH AGAK DAH!!! DENGAN INI KITA KENA BUAT SIDANG AKHBAR HEBOHKAN BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMBING BERUPAYA UNTUK TERBANG!!!"




Kau yang mana satu? 




Personaliti 1 : Kau adalah seorang yang boleh menjadi pemimpin sebab kau tak termakan fakta belum terbukti. Kau adalah seorang yang skema. Semua benda yang kau nak buat, kau kena ikut peraturan di dalam buku.

Personaliti 2 : Kau adalah seorang yang sangat peka dan sangat teliti. Selalunya perempuan. Kau tak pentingkan peristiwa sebenar, kau pentingkan butiran di dalam peristiwa tersebut.

Personaliti 3 : Kau adalah seorang yang tak suka ikut peraturan di dalam buku. "Hidup aku, undang-undang aku." Bukan kurang berdisipilin, cuma kreatif. Cenderung ke arah kesenian dan bendalah abstrak.

Personaliti 4 : Kau adalah seorang 'Pak Turut'. Asalkan benda tu nampak macam best dan menarik, kau akan ikut. Senang terpengaruh.




Kalau aku cakap kat kau, "Hoi tadi aku nampak unikorn gergasi tengah mengawan." Apa kau nak balas?








Alah, unikorn gergasi mengawan, hari-hari aku tengok kat internet.

6 comments:

Anonymous said...

Ye ke? Aku tak ingat pon kena buat personaliti survey. Haha

No name said...

Aku pun nak rasa truma tue jugak lar. Baru aku tau, yang mana satu aku.

yui said...

aku sbp.. xda bnda ni..kahkah

PokaPola said...

@ anon : Ada. Pengetua tersebut adalah Haji Sanusi aka Ratata.

@ Lizzie : Mesti yang nobor 2. Aku tau dah.

@ Hikaru : Sebab tu MRSM lagi power.

Anonymous said...

Kai : Haha, bila wes dia suruh buat? Masa homeroom ka? Kot2 la Cikgu Salmah suruh buat, tapi serius aku tak ingat dowh

PokaPola said...

@ anon : ada. masa tu dalam PSP. dekat-dekat PMR rasanya. tapi memang serius dia bagi contoh 'Peristiwa Kambing Terbang'. Hang ni sapa?