Main sepak-sepak bola (bukan main betul-betul pun), lari-lari sikit, lari-lari keluar padang pegi carik bola atas jalan raya sikit. Dah semput. Babi.
Aku rasa tahap stamina aku dah menurun dengan merudum. Dulu rasanya kalau joging setakat sejam dua jam tu macam benda mudah je, peluh jantan pun baru nak keluar, steady. Sekarang? Naik tangga tiga tingkat pun dah macam nak mati, sampai nampak tompok-tompok hitam rasa macam nak pengsan.
Aku dah menjadi seketul kentang. Makan, tidur, pegi kelas, balik kelas, makan, tidur. Tapi tak gemuk-gemuk pun. Macam kentang goreng (french fries, kat kampung aku depa panggil fun fries).
So, memandangkan next week start cuti, aku decide untuk joging setiap pagi (walaupun aku tau waktu pagi aku akan still bawah selimut). Kalau semput jugak lepas ni memang aku bunuh diri.
No comments:
Post a Comment