Tu la, kalau baru sampai, buat cara baru sampai. Jangan memandai nak naik bas selain bas nombor satu dan dua kalau nak pegi kedai kebab. Kan dah sesat. Padan muka aku kena menapak sepuluh minit.
Bandar ni memang kecik, tapi sebab kat kawasan bukit, so jalan raya dia memang berselirat, banyak gila babi short cut, masuk lorong ni kang keluar kat mekdi, masuk lorong ni kang keluar kat kedai pak fayette, masuk lorong ni kang keluar kat kedai ntah papa. Dan tadi aku tersesat kejap. Lain kali buatla signboard ke kedai kebab, kan senang (perlukah?).
Pelik, aku rasa aku prefer bandar kecik daripada bandar besar. Bandar kecik senang, semua benda yang ko nak semua ada kat situ, tak payah pegi jauh-jauh. Kalau bandar besar, kejap-kejap kang kena naik bas setengah jam, kejap-kejap kang kena tukar metro, semata-mata nak pegi beli bawang. Kan dah bazir dekat sejam.
Aku taktau teori aku betul ke tak, tapi aku rasa orang kat bandar kecik lebih friendly dari yang kat bandar besar. Kadang-kadang sampai naik menyampah pun ada jugak, nak beli rokok sekotak kena bersembang dulu dengan pakcik kat kedai tu. Soalan dorang sama je; orang negara mana? belajar kat mana? best ke dok france? orang Malaysia memang kacak-kacak eh?
Mungkin sebab aku kat Malaysia pun memang kat bandar kecik (kecik haram), so jiwa dan raga aku lebih sesuai dengan bandar kecik. Aman dan damai. Walaupun kekadang mati kutu taktau nak buat apa kat rumah, wayang takdak, boling takdak, sawah padi banyak la, takkan aku nak turun membanting padi kot (gila tak kool).
Tetiba rasa bangga sebab dulu sebelum fly, ramai makcik-makcik aku cakap "Ni kalau dah pi amerika (padahal aku kat france), balik dua tiga taun konfem rambut panjang, seluaq jeans koyak-koyak, cakap melayu pun lupa apa". Dan ayat yang aku rasa paling nak gelak adalah "Balik mai sini nanti mesti kawen dengan minah salleh mata biru".
Tidak wahai makcik-makcikku, diriku masih seorang anak kampung. Belacan dan ikan bilis tetap ku sanjungi.
ps: Esok mahu start aktiviti berlari-lari anak keliling bandar. Tabahkan hatiku Tuhan.
6 comments:
i don noe u, but still u rawk.. bez bace blog sempoi gini.. tenkiu
thanks, hahaha, aku menulis dengan seadanya
uih kai dah ade peheminat.
mampuih hang.
p/s : bas no. 6 boleh pegi masjid, dengan boucherie halal. dengan satu gym lima euro sebulan.
accecececece, hang kan katok ja, nak boucherie2 halal pulak,hahaha.
ps: aku dah cukup tough, xpayah gym2 ni
katok pepek hang. aku hanya menerima makanan yang disembelih cara Islam. tak macam hang. nampak semua benda rambang mata..
p/s : aku pon tak suke gi gym, tapi 5 euro maaa...
pufff, yela2 hang tak katok.
ps: dr aku pi gym baik aku pi main boling unlimited
Post a Comment