Wednesday, February 10, 2010

Ter-silap mata

Pelik.



Tadi aku siap-siap nak keluar pegi stesen ketapi beli tiket ke Paris. Dan persiapan aku tak lama, lima minit dah siap, tak macam setengah orang, nak keluar pegi pasar pun nak mekap-mekap, pakai hensem-hensem, minyak wangi sebotol, gel rambut selori.



Selalu aku keluar pakai cincin, kat rumah aku tak pakai. So tadi aku cari la cincin aku, geledah sana geledah sini, korek sana korek sini, babi. Tak jumpak. Start la keluar segala carutan dan makian dari mulut aku, sayang aku dengan cincin tu (sebab aku rasa mahal aku beli). Macam biasa, aku tangguhkan aktiviti mencari (tapi aktiviti mencarut still on), dan keluar rumah.



Haaaa, sekarang baru start kejadian pelik. Langkah pertama aku keluar rumah, tangan aku raba poket cari kotak rokok. Lepas tu perasan macam ada something dalam poket aku, cincin aku. Magik. Bila masa pulak mala'un ni ada dalam poket aku? Seingat aku, tak penah aku letak cincin aku dalam poket seluar, dan aku rasa aku dah cari dalam poket aku tadi.



Silap mata kah? Magik kah? Ilmu hitam kah? Atau cincin aku nak main sorok-sorok dengan aku?




Lepas tu teringat pepatah melayu : "Kekadang untuk jumpak sesuatu yang dicari, kita perlu stop mencari" (ada ke?)







Nasib baik aku tak hilang sebijik mini cooper, kalau tak rabak lah poket aku (sekarang takdak lagi mini cooper, lima tahun lagi mungkin).

3 comments:

fish said...

hang kata apa?
tersilap MATA?!hahahaha

PokaPola said...

hahahahaha (gelak terpaksa)

syikin said...

hahahaha..kai..ni aku gelak ikhlas..serius2.hg dan mata ibarat cacin dan kuman