Tuesday, January 26, 2010

Maka dengan ini..

..terponteng lagilah kelas pada awal pagi ini.

Baru sekendei, dah bermula aktiviti bermalas-malasan. Kelas pada pukul lapan pagi adalah kelas paling susah aku nak pegi, alangkah indahnya dunia kalau kelas pukul lapan tidak wujud.

Bukan tak boleh bangun awal, kunci alarm henpon pukul tujuh lima belas pagi tapi tekan button "Senyap ko alarm, lagi 5 minit bunyik balik, tido jap" sebanyak sepuluh kali, bila bangun mula la terlompat-lompat nak siap ke kelas.

Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk bangun, then tido balik. Sebab nikmat tido aku cuma boleh rasa time sebelum tido and time selepas bangun tido. Time tido tu aku tak rasa pape pun, terbungkang dalam selimut macam setan.

Kelas seterusnya lagi 45 minit, so, sempat membuta sat. Kroih kroih.


ps: Student dan gejala ponteng tak boleh dielakkan atas sebab-sebab kemalasan. Alasan bahawa "lupa kunci jam" atau "sakit kepala" atau "nenek nak bertunang" adalah dusta belaka.

No comments: