Saturday, January 30, 2010

Keranamu, panties ku korbankan.

A:   Eh, TF1 pun ada tunjuk Poker Tournament malam-malam eh?
B:   Ni bukan TF1 ni, ni Poker Channel.
A:   Poker Channel? Ko tukar cahnnel eh? Dulu tak boleh pun.
B:   Bukan tak boleh, dah korang tak cucuk cable decoder tu masuk ke TV, memang la tak boleh.
A:   Oh, kena cucuk ek? Patut la dah dekat enam bulan kitorang tak boleh tukar channel, ingatkan remote rosak.

Hahahahahahahahaha..........(gelak tanpa henti).

*TF1 : channel free
*Poker Channel : channel apa entah tapi kena ada decoder (kot). 



Apakah benar apa yang aku dengar(eh baca)? Kempen tanpa-seluar-dalam di Malaysia sempena Hari Kekasih untuk menunjukkan rasa chenta tanpa sempadan? WAT DE F?? Bengong. Ni mesti sek-sek bebudak yang takdak keja startkan kempen ni.


Tak rasional, dan persoalannya, macam mana nak konfemkan pompuan tu betul-betul tak pakai seluar dalam? Perlu di'check'kah oleh boipren masing-masing? Ataupun pakai tag nama yang berbunyik 'Saya tidak berseluar-dalam hari ini kerana saya sayang boipren saya' ? Kalau kempen ni ditujukan untuk kaum lelaki, senang, tak payah check, dari jauh dah boleh agak pakai ke tak (bergantung kepada suhu sekeliling jugak).


Adakah tahap chenta seseorang itu diukur berdasarkan betapa kurangnya kain yang dipakai oleh seseorang perempuan? (musykil, garu kepala).



ps: sori la kepada pihak yang terbabit dengan perbualan di atas (jangan risau, aku tak letak nama ko Zaim, eh) tapi aku rasa amat-amatlah kelakar badak.

No comments: