Dah pulak. Sekarang ni banyak pulak orang dok share keratan akhbar pasal Secret Recipe untuk Coca-Cola dekat Facebook. Kenapa orang share? Sebab dalam Secret Recipe tu ada tulis 'alkohol'. Itu yang mereka-mereka kat Facebook dok share, berbelakangkan alasan 'Kami sayang Islam, jika anda sayang Islam, klik share'.
Kelakar. Kalau aku sayang Islam, aku akan check dulu sumber mana kau dapat berita tu, dan baca betul-betul. Berita tu dalam English, jadi sebab tu aku rasa ramai orang secara mambabi-buta terus share sebab malas nak baca. Bangang.
Berbalik kepada keratan akhbar tu. Secret Recipe yang diwar-warkan tu dikatakan mengandungi sebanyak 8oz alkohol. Resepi itu adalah berdasarkan. Jeng jeng jeng. Berdasarkan sebuah diari yang ditulis tangan. Pada. Tahun. 1979. 1979!!
Dan resepi ni sebenranya disebarkan melalui sebuah rancangan radio kot. Jadi aku cari la website radio ni. Dan apa yang aku yang jumpa adalah resepi tersebut. Memang betul, kalau berdasarkan diari tersebut, CocaCola memang ada alkohol. Tapi meh aku quote sikit apa yang website tu tulis.
"To be clear: We are not claiming that we have found the recipe used today for Coca-Cola. We believe we found a recipe that is either the original recipe made by the inventor of Coke, John Pemberton, or a version of Coca-Cola that he made either before or after the product hit the market in 1886. We believe that because it was found in the notebook of his friend, on a page entitled "Coco-Cola recipe improved," and because it was found in Pemberton's own notebook, in Coca-Cola's archives."
Memang. Suatu masa dulu coke memeang ada menatang yang tidak dibenarkan oleh undang-undang sekarang. Sekarang tidak lagi. Makhluk yang sebarkan berita palsu ni dengan tajuk "Coca-cola ada alkohol! Sebarkan jika anda sayang Islam" adalah sangat bangang. Kau yang tak sayang Islam sebenranya. Tu la aku cakap, pergilah check dulu sumber kau tu, jangan pakai main hantam nak copy paste berlagak ustad haji pak syeikh sebab nak nampak alim di Facebook.
Dulu ada orang sebar hadith palsu. Dulu ada orang sebar potongan ayat al-Quran palsu. Tak boleh ke kau cuba gerakkan sikit jari kau tu untuk buat research kat internet untuk sahkan benda yang kau nak sebarkan tu? Kau kata kau sayang Islam? Kalau sayang Islam bukan ini caranya. Bukannya dengan menjadi bengang dan percaya segala maknenek benda kau boleh jumpa kat Facebook.
Aku marah benar sebab benda Secret Recipe ni aku buat research tak sampai 10 minit untuk aku pastikan yang Secret Recipe tu sebenarnya bukan resepi untuk coke yang dijual sekarang. Habis yang kau malas sangat nak buat research tu apasal??
Aku kadang-kadang tak paham jenis golongan yang copypaste secara membabi-buta ni. Dan satu lagi. FACEBOOK BUKAN SUMBER BERITA. Kalau kau nak berita sahih, bukaklah website lain. Kalau komputer kau tu setakat untuk bukak facebook, aku syorkan kau buang saja komputer kau tu dalam sungai.
Ah bengang sungguh aku bila orang cakap minuman kegemaran aku tu haram.
EDIT : aku lupa nak letak link site tu. Ni ha, baca la kalau rajin. http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe/recipe
2 comments:
Haha. Thank u bro. Aku suka tulisan ni. Aku pun dari semalam lagi duk hot dgn geng2 yg duk sebar gambar akhbar kononnya ada coke ada alkohol. Dari smlm jgk aku dah research malangnya tak jumpa. =.=
bagus ada orang yg rajin research.ak ni pun, mmg malas gila bab2 membaca apatah lg nk cari sumber tulisan.maka ak ambil langkah tgk sambil lalu je gamba botol coke kt news feed smbil tgu org rajin buat research dan pastikn kebenarannya.okay ape.etlis ak x share benda ak x pasti.
ps: tahniahlah sbb kau rajin.meh sini buat research utk esaimen ak pulak
Post a Comment