Wednesday, February 22, 2012

Contohnya

Aku ada pegang satu quote dari Albert Einstein. "Example isn't another way to teach, it is the only way to teach."




Kalau kau belajar Matematik, kalau cikgu kau takdak kasi contoh, ataupun kau tak usaha mencari contoh, kau dan cikgu kau adalah sama bangang. Apa kau ingat belajar semata-mata untuk menghafal? Baik kau pergi sarkis dan jadi singa laut yang hari-hari menghafal step-step untuk menghiburkan penonton-penonton.




Ok, itu dari aspek pendidikan. Aku rasa sekarang ni semua pendidik dah tahu kepentingan 'contoh' dalam pelajaran yang beliau ajar. Aku nak cakap pasal dari aspek kehidupan yang penuh dengan pancaroba marabahaya onak-onak berduri dan liku-liku selekoh maut ini.




Kehidupan pun ada jugak cara untuk mengajar manusia. Setakat mengajar manusia dari cerita-cerita terdahulu dengan tujuan manusia ambil iktibar memang kurang berkesan. Kehidupan kena bagi kau contoh. Contoh macam mana kau berjaya, contoh macam mana kau gagal, contoh macam mana kau kahwin, contoh macam mana kau jadi popular etc etc. Lagipun, kehidupan adalah satu proses pembelajaran.




Kau kena rasa sendiri macam mana kau berjaya, kau kena rasa sendiri macam mana kau gagal. Baru lah kehidupan kau bermakna. Kalau asyik-asyik kau berjaya, kau pun akan rasa bosan. Kemanisan kejayaan kau tu makin lama makin berkurang. "Berjaya lagi? Alah, biasa la bro, aku hari-hari pun berjaya." Sampai dah jadi benda biasa. Tak manis.Kalau hari-hari kau gagal, kau akan rasa bosan jugak, "Aku hari-hari gagal. Bosan lah bosan lah." Bukan setakat tak manis dah tu, itu dah masam sangat.




Sebenarnya best jugak kadang-kadang gagal. Cuma ada side effect sikit la. Moral jatuh. Air muka jatuh. Orang sekeliling pun dah tukar persepsi. Mulut-mulut celaka pun berkeliaran membawa cerita bangkai. Tapi side effect tu bertahan sekejap sangat kalau nak banding dengan pengajaran yang kehidupan kau dah ajar kat kau melalui satu contoh yang boleh diibaratkan sebagai musibah.




Tapi pengajaran tu akan jadi sia-sia kalau kau hari-hari dok mengeluh, hari-hari dok teriak sebab kau ditimpa musibah. Let bygones be bygones, bak kata orang putih. Kecuali lah dengan cara kau mengeluh tu, terciptanya satu mesin masa yang boleh bawak kau pergi masa lampau dan tukar balik skrip kehidupan kau. Itu boleh kau nak mengeluh. Dan sila mengeluh untuk aku sekali. Aku pun nak jugak mesin masa tu.




Tapi janganlah kau salahkan takdir semata-mata atas musibah yang jadi. Kau bukannya kucing jalanan yang tak boleh berusaha. Cakap pasal kucing, kucing pun pandai berusaha cari makan. Hari tu aku nampak sekor kucing masuk dalam tong sampah. Lama jugak beliau dalam tu. Bila beliau keluar, beliau gonggong seketul ayam. Kau tengok? Kucing pun pandai usaha.




Segala benda yang berlaku dalam dunia, kau kena salahkan/nobatkan diri kau sendiri sebagai penyebab. Kalau kau gagal, sila salahkan diri sendiri. Kalau kau berjaya, sila puji diri sendiri. Come on lah, orang yang matang adalah orang yang tak tuding jari kat orang lain. Satu kau tunjuk kat orang, empat lagi jari sedang tunjuk kat diri kau sendiri.




Moral of the story, aku rasa aku nak tukar bidang lagi. Aku nak jadi ahli motivasi. Call me, Poka Kamsah. Bersihkan jiwa, bersihkan hati, bersihkan gigi sebab mulut kau busuk bau longkang bila kau bercerita tentang sipulan bin sipulan. Assalammualaikum yang berhormat.




Orang Islam cakap, "Setiap yang berlaku ada hikmahnya". Orang bukan Islam cakap, "There's positive side in everything". Orang sains cakap, "Setiap yang negatif, pasti ada positif". Orang politik cakap, "Mana ada benda negatif, kami semua positif".









No comments: