Tuesday, January 3, 2012

Kedai Roti Amalina

Ini adalah tutorial bagaimana mahu jadi pemes di Malaysia.




1. Mula-mula kau bukak website Malaysian Airline System (MAS). Lepas tu kau beli tiket penerbangan ke mana-mana negara Eropah. Kalau boleh dapat tiket ke UK lagi peluang kau tinggi untuk jadi pemes.




2. Pada hari penerbangan kau. Sila pakai baju tradisional bangsa kau. Baju kurung ke, baju kebaya ke, baju melayu ke, cheong sam ke, sari ke. Lepas tu pastikan kau tangkap gambar berpakaian begitu dekat airport.




3. Kau terus upload kat facebook. Lepas-lepas tangkap tu terus upload. Ini adalah sangat penting. Lepas tu letak la caption berbaur syukur kepada tuhan kau macam, "Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak pergi UK."




4. Bila kau dah sampai UK. Kau pergi Zara. Sebab kedai Zara kat oversea adalah macam Mydin kat Malaysia. Baju murah. Kau borong baju yang menampakkan keseksian terlampau kau. Baju nampak lurah, skirt nampak benjolan punggung, dan kasut tinggi.




5. Cari pub/bar/kelab yang dekat-dekat. Lepas tu kau pergi situ. Pakai pakaian seksi kau tu. Cari seorang orang tempatan kat situ. Kalau boleh berlainan jantina. Kalau sama jantina pun boleh jugak. Tangkap gambar depan pub/bar/kelab tu dengan orang tempatan tersebut dengan gaya artis dalam majalah Magga.




6. Upload dekat facebook. Dengan caption yang langsung tiada kaitan dengan Ilahi dan dalam English macam, "With my new buddy in the most faking happening club!"




7. Tunggu enam saat.




8. Ta-daa! Tahniah. Anda sudah pemes di Malaysia! Percayalah, nama anda sudah menjadi trending di twitter, bualan orang di facebook, berita muka depan Metro dan Buletin Utama.




Oh ya, terlupa. Tutorial ini hanya akan berjaya kalau keputusan SPM kau adalah 59301 A1. Kalau tak, jangan harap, memang takda orang peduli kau nak bogel ke jadi pelacur ke kena gangbang ke kat oversea.




Turorial ini dibawakan khas oleh orang Malaysia yang gemar menjaga tepi kain orang lain.

2 comments:

WP said...

Tak payah bazir duit beli tiket pun...kan di Malaysia pun ada banyak kedai yang jual pakaian seksi? Pastu tangkap gambar kat sudut gelap kelab mana-mana...orang lain tak tahu pun kat mana! At worst kalau tak berani masuk kelab betul, tangkap gambar dalam bilik tidur (gelap) sendiri. ;P

PokaPola said...

@WP : hmmm, mungkin boleh. tapi nanti tak masuk Buletin Utama lah. tak cukup pemes.