"Mak beliau berdarah kat perut. Lalu beliau, seorang kanak-kanak berumur sekitar 9 tahun, menelefon talian kecemasan. Ambulans pun dihantar ke alamat yang diberikan. Namun, ambulans terbabit menghadapi kesukaran untuk mencari rumah emak yang berdarah itu kerana segala mak nenek jenis papan tanda nama jalan sudah divandalisma. Ambulans itu terpinga-pinga. Akhirnya, si emak meninggal kerana ambulans sampai ke sudah tak sampai ke alamat itu."
Itu adalah jalan cerita untuk satu iklan kat TV. Moral untuk iklan itu adalah, jangan conteng atau tampal pelekat dekat papan tanda nama jalan sebab kang ramai lagi emak-emak yang mengalami pendarahan perut yang serius akan meninggal.
Banyak persoalan sebenarnya iklan ni :
1. Apa drebar ambulans tu bengong sangatkah sampai nama jalan pun beliau tak hafal. Kata kerja bawak ambulans, habis takkan nak harap dekat papan tanda.
2. Malu bertanya sesat jalan. Kan dah sesat! Kau turun la tanya siapa-siapa tepi jalan tu dekat mana rumah emak yang mengalami pendarahan yang serius tu. Ini tak, yakin sangat boleh jumpak rumah tu dengan berpandukan papan tanda.
3. GPS. Pakai lah GPS hoi!! Apa susah sangat ke?
4. Yang anak kepada si emak yang mengalami pendarahan perut yang serius tu, dah kau nampak emak kau tengah nazak tu, dan ambulans pula tidak kunjung tiba, kau pergilah ketuk pintu rumah jiran! Mintak tolong hantar ke hospital. Tulah budak-budak zaman sekarang, kalau tak bodoh, mesti bangang.
5. Macam mana si emak yang mengalami pendarahan perut yang serius tu boleh mengalami pendarahan perut yang serius tu? Tak lengkap jalan cerita hoi. Tak lengkap.
6. Kenapalah kau tak pakai GPS. Eh dah cakap.
Itulah. Aku pun tak pasti siapa yang mengarah iklan ni. Kelakar pulak aku tengok. Tapi kesian la jugak kat budak tu, tak pasal-pasal mak beliau meninggal.
Semuanya disebabkan kau........yang menvadalisma papan tanda nama jalan. Anda pembunuh. Jika disabitkan kesalahan anda boleh dijatuhi hukuman geletek sampai mampus.
Kahkah. Ala, kalau susah sangat, macam aku cakap tadi, pakailah GPS, cariklah drebar ambulans yang betul-betul tahu nama jalan, didiklah anak anda jadi cerdik sikit, berbaik-baiklah dengan jiran. Supaya bila anda mengalami pendarahan perut yang serius, anda mungkin boleh diselamatkan.
Kau ingat tak dulu orang kecoh buat iklan pasal vandalisma telefon awam? Katanya, kang kalau kecemasan, senang nak telefon polis/bomba/hospital/jpj/pancaragam.
Tak relevan dah sekarang sebab semua orang dah ada telefon bimbit. Alah, lagipun kalau rumah kau terbakar, kau post je lah status kat fesbuk ke letak gambar kat fesbuk ke letak video kat fesbuk ke, konfem ramai orang like.
1 comment:
kesimpulan yg sangat genius.syabas2.
Post a Comment