Thursday, August 25, 2011

Hanya di radio.

Radio. Sumber kebangangan.




Pemanggil 1.


Saya sangat suka tukang jahit baju raya saya. Tahun ni saya tempah DOPLOHSATU baju kurung. EH eh tapi bukan semua saya punya, LIMA untuk mak saya, LIMA untuk adik saya, yang SEBELAS tu saya punya. Ye SEBELAS. Ala, SEBELAS je, hihi.




Pemanggil 2.


Saya rindu ex-boyfriend saya. TAHUN LEPAS kami selalu pergi beli baju rasa sama-sama. Eh, tak, kami dah putus sejak TIGA tahun lalu. Eh, walaupun kami dah putus, saya masih panggil dia SAYANG, dan dia masih panggil saya YANG. Walaupun kami dah putus, saya masih sayang dia, dia masih sayang dia. Tahun lepas pun kami keluar sambil BERPEGANGAN TANGAN, hihi.




Pemanggil 3. 


Saya minat gila lagu raya ni encik dijay. Lirik dia sangat menyentuh perasaan, begitu mendalam. Dari kecik saya suka dengar lagu ni. Penyanyi dia, iaitu S. JIBENG. Eh? Yeke? Tapi saya suka lagu ni. Oh haah, salah, penyanyi dia JAMAL dan SALEEM, hihi.




Pemanggil 4.



Pizza tiga keping, saiz besar, keju lebih, lepas tu sos letak sikit je. HA? Oh ni radio ke? Ingatkan Pizza Hut, hihi.





Kesimpulan.


Pemanggil 1 : Saja tepon radio nak bagitau 1Malaysia baju raya dia banyak.


Pemanggil 2 : A bitch.

Pemanggil 3 : Hek eleh, suara orang veteran tetapi nama penyanyi 'lagu kesukaan' pun tak tau. Malu la pakcik.


Pemanggil 4 : Ini aku tipu.

No comments: