Bila dengar bunyi mercun aku teringat masa kecik-kecik dulu.
Semua adik-beradik sebelah mak aku mesti berkumpul kat rumah nenek aku. Ada empat orang je pakcik makcik sebelah mak aku. Selepas sembahnyang raya, pakat-pakat sesi bergambar dekat laman rumah nenek aku. Sekarang? Kawasan kampung nenek aku dah jadi perumahan, sesi berkumpul pun dah dilupakan sebab masing-masing sudah sibuk. Dan seorang makcik aku sangat menyampah, haktuih.
Selalu main bunga api dan mercun dengan sepupu-sepupu aku kat rumah nenek aku. Pernah sekali sampai mercun roket tu terbang masuk rumah nenek aku. Habis kecoh satu rumah. Sangat best. Sekarang? Pffftt, dah tua, bazir duit je beli semua tu.
Jalan ramai-ramai dengan sepupu aku pergi beraya walaupun haram tak kenal tuan rumah. Pernah sekali kitorang pergi satu rumah ni. Dia kasi duit raya, lepas tu pergi dapur buat air, kitorang terus blah. Wahahaha, materialistik gila budak-budak di hari raya. Sekarang? Apa gila nak pergi beraya kutip duit raya dah tua-tua ni.
Beli baju raya sebelum raya adalah satu kemestian. Sekarang? Tak beli pun tak apa, boleh beraya jugak. Lagipun aku rasa macam bazir beli baju banyak-banyak semata-mata untuk menunjuk-nunjuk di hari raya.
"Saya nak tujukan lagu ini untuk bapa saya yang sedang mencuci kereta di laman rumah, dan ibu saya yang sedang memasak di dapur. Dengan ucapan, TENGAH BUAT APA TU?" - lawak bangang.
1 comment:
hat tuju lagu tuuu. awat jadi lagutu. har har har
Post a Comment