Aku dah lama perhati nama Mahsuri tu, aku yakin nama dia tu diambil sempena pekerjaan beliau dahulu kala sebagai seorang suri rumah. Habis takkan nak panggil Surimah, tak sedap pula. Jadi nama itu diolah semula supaya kelihatan komersial bagi tujuan pembangunan di Langkawi amnya, ataupun di Padang Matsirat khususnya.
Itu intro je tu, bukan cerita betul pun, jangan kau pergi sebarkan kepada wartawan atau sejarawan atau pengkaji fosil pula, mati aku dituduh memainkan nama Mahsuri.
Sebenarnya aku ada pergi Langkawi sekejap itu hari. Lepas tu pergi makam Mahsuri. Sampai sekarang aku tak faham kenapa perlu pakai "makam", dan bukannya "kubur" ataupun "tapak persemadian" ataupun "disini, bersemadinya". Sebelum ni, pernah jadi satu kisah. Kita flashback serta throwback sedikit sebagai background story. Ini cerita betul, bukan dongeng mahupun cerita rakyat.
Pernah sekali ada orang pergi ke makam mahsuri. Masuklah rumah-rumah replika Mahsuri dekat makam tu. Dalam sebuah tu terdapat sebuah potret yang ala-ala Mahsuri, katanya. Jadi sebagai kenang-kenangan, gambat potret itu diambil menggunakan kamera telefon bimbit. Bila si pengambil gambar sampai di rumah, gambar di dalam telefon bimbit terbabit berubah menjadi gambar yang lain terus, sesuatu yang menyeramkan bulu roma tidak ketinggalan bulu pusat.
Shroooottttttt (bunyi fast forward ke masa sekarang). Jadi haritu aku pergi ke makam Mahsuri dengan tujuan nak tengok dan ambil gambar Mahsuri yang tadi, manalah tahu kot-kot perkara sama berulang lagi. Bila masuk dalam rumah replika tu, aku ternampak gambar Mahsuri terbabit lantas aku berkata secara kuat, " Haaaa gambar ni lah yang aku cerita kat kau tadi tu!!" (Sebab aku pergi tidak berkeseorangan). Tahu apa jadi?
Terus tiba-tiba aku rasa keseraman. Aku ni bukan nak cakap besar ke nak riak ke nak egoistik ataupun prostatik, tapi, aku ni jarang gila babi berasa keseraman atau ketakutan terhadap alam-alam mistik ni. Terus tak jadi tangkap gambar Mahsuri tu, dan aku jalan secara laju untuk menjauhkan diri dari gambar tu.
Yang peliknya, masa aku dah jauh sikit dari gambar tu, aku dengar bunyi yang real. Bunyi yang tak logik dihasilkan sesuatu yang semulajadi, dan, belakang aku tadi, tiada orang lain ataupun binatang yang berkeliaran. Lagi aku keseraman.
So cerita kat makam tu tinggal situ. Bila aku balik hotel dan tengah bersenang-lenang atas katil.
Bunyi tu datang lagi dari arah sudut bilik.
So.
Kalau ke Langkawi, masuklah ke makam Mahsuri, cari replika Rumah Penghulu dalam tu, dan carilah gambar potret Mahsuri yang ada situ.
Selamat bercuti!!!
No comments:
Post a Comment