Monday, August 4, 2014

Lebuhraya yang sebuah

1 Syawal itu hari aku ada balik ke kampung, pandu kereta takkan pandu lalu pula bukannya aku nak beli burger mekdonel aku nak balik kampung. Jadi aku pandu kereta melalui lebuhraya untuk pulang ke kampung. Sedar tidak sedar, radio pada tahun ini agak cemburu dengan kepadaku, sepanjang perjalanan pulang langsung tidak diputarkan lagu Balik Kampung. Tahulah kau kena kerja dalam stesen radio tapi janganlah cemburu denganku yang ingin pulang beraya ini. Aku agak keliru, betul ke di stesen radio, lagu-lagu diputarkan? Entah macam mana rupa bila sebuah lagu diputar, aku tengah cuba imagine. Pelik.


Baidewei, semasa dalam perjalanan (tanpa background lagu Balik Kampung, duh), kereta banyak di sana sini di setiap sudut lebuhraya! Di kiri banyak, di kanan apatah lagi pasti banyak juga. Bak kata arwah tok aku, gheta meneghu punya banyak ei tok takut aih naik gheta dengan hang, hang bawak laju. Rindu pula ke arwah tok aku. 


Tidak lupa juga ada satu kemalangan jalanraya semasa aku pulang terbabit. Tapi bila fikir balik, aku ada atas lebuhraya, maknanya tidak masuk akal kemalangan di atas lebuhraya dipanggil kemalangan jalanraya sepatutnya dipanggil kemalangan lebuhraya. Kemalangan yang aku maksudkan tidaklah sebegitu teruk, cuma empat lima buah kereta yang berlanggar bumper belakang kereta lain di hadapan. Itulah padah membawa laju dan mencucuk kereta hadapan secara dekat, bilang aku kepada penumpang-penumpang di dalam kereta semasa itu yang dikandungi oleh seorang mak aku serta dua orang adik perempuan aku. Mereka mengangguk tanda setuju serta mengambil iktibar.


Bila sudah nampak kemalangan seperti itu, aku pun secara otomatik memperlahankan sedikit pemanduanku, takut juga kalau asyik memecut 150 tiba-tiba terlanggar kereta hadapan. Aku kona stereng ke kiri, masuk lane kiri dan bawak secara sederhana di situ. 110 sahaja. Ambil iktibar dari kemalangan sebentar tadi, katakau.


Selang lima minit. Tak boleh jadi ni tak boleh jadi, tak rock.


Aku kembali ke lane kanan dan memandu secara laju kembali. Penumpang-penumpang lain di dalam kereta semuanya geleng kepala. Peduli apa aku. Tak rock lah tak rock bawak slow!


Vroom.

No comments: