Saturday, May 3, 2014

Minyak yang paling sedih

...adalah minyak yat hati.


Hari ni aku ada join aktiviti kebajikan ke satu rumah orang-orang tua. Kedatangan kami disambut oleh salah seorang penghuni di situ. Ayat pertama yang beliau ungkapkan adalah, "Hat mana yang dok ada lagi mak pak, hampa jaga la depa elok-elok." Pakcik ni aku namakan Pakcik A sebagai memudahkan proses penceritaan. Pakcik A ni kelakar. Beliau suka tap punggung lelaki sambil senyum comel. Dan beliau suka pergi senyap-senyap ke belakang perempuan yang galas beg, lalu goncang-goncangkan beg perempuan terbabit. Comel. Masa laaassstttt sekali, masa kami semua dah siap berkemas dan siap nak berangkat pulang, kami salam Pakcik A, dan beliau berkata, "Terbalik terbalik terbalik!" Padahal nak cakap terbaik!. Comel.


Pakcik yang kedua. Pakcik B. Pakcik B ni tahu tujuan kami datang adalah untuk buat kerja gotong-royong, satu budaya yang semakin lama dilupakan. Jadi, Pakcik B ambil keputusan untuk buka pintu bilik beliau, buka televisen, buka kipas. Pakcik B pelawa kami untuk berehat dalam bilik beliau, untuk duduk situ dan makan. Sepanjang satu hari, Pakcik B tak jejak langsung dalam bilik beliau. Masa laassstttt sekali, selepas siap berkemas dan kami siap nak berangkat pulang, Pakcik B lah yang paling semangat sekali nak bergambar dengan kami semua. Dengar sahaja ayat "Pakcik-pakcik jom kita bergambar!", beliau dengan laju akan berlari ke arah kami untuk bergambar. 


Pakcik C. Beliau mengayuh basikal entah dari mana, sambil beberapa biji buah harumanis. Beliau pelawa kami makan. Tak cukup? Pakcik C sendiri akan cakap, "Hampa nak lagi ka harumanis? Hampa pi ambil dalam peti ais pakcik, hampa potong sendiri, makan la sorang sikit." Kami pun apa lagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Semasa rehat makan tengahari, pakcik C goreng ikan gelama masam, pelawa beberapa orang untuk makan sekali bersama beliau di dalam bilik beliau. Ibarat satu keluarga. Masa laasstttt sekali, kami dah siap berkemas namun belum siap untuk berangkat pulang, kami sempat bersalam dan mengucapkan terima kasih kepada Pakcik C. Tapi. Masa kami betul-betul dah nak berangkat pulang, kami cari Pakcik C untuk bersalam buat kali terakhir, namun, pintu biliknya ditutup rapat, Pakcik C tidak kelihatan.


Sepanjang aku keluar masuk bilik pakcik-pakcik di situ, tak nampak satu pun gambar bersama keluarga mereka.



No comments: