Tuesday, March 18, 2014

Mirror mirror on the wall

Hai dan baru-baru ini kita digemparkan dengan pelbagai berita yang adakalanya misteri, menyayat hati, kontroversi, seronok serta boring. Sehinggakan sampai satu tahap aku sendiri berasa terkejut tergempar seolah-olah aku sedang mengalami satu renjatan elektrik triphase yang selalunya dibekalkan ke kilang-kilang besar.


Aku begitu senang, walaupun hakikatnya aku bukan berada, aku begitu senang melihat dua tiga manusia yang ya Tuhan punya lah betul-betul menggambarkan perkataan 'ironi'.


Di laman sosial beliau, beliau menulis sebanyak berpuluh kali, "Tolong jaga aib kawan aku!", "Sedihnya! Kawan baik dah tak ada.", serta bermacam-macam lagi. Aku, dari yang tak tahu apa-apa cerita, terus aku sendiri boleh agak dengan ketepatan yang tinggi, bahawa kawan beliau arwah dalam keadaan aib. Dan perkara yang mengaibkan tersebut, adalah di antara berita yang bertaraf nasional. 


Ironi. Mengapa berulang-kali menyebut, serta mengaitkan arwah dengan berita terbabit, jika mahu aib arwah tidak disebar? Bahalol. Tolol. Senyap-senyap sudahlah.


Satu lagi manusia. Beliau baru tulis status di Facebook beliau, berbunyi seakan-akan "Kecantikan dalaman lebih bagus. Kecantikan luaran hanyalah bonus." Manusia ni, aku lihat dari mata kasar, dalam seminggu ada dekat lapan juta kali tukar gambar profil. Dan dalam lapan juta kali tadi, pose tak pernah berubah. Pesen gambar yang selambak muka penuh frame gambar. Dan sudah semestinya, kelapan-lapan juta gambar tadi disunting sampai jadi bahulu. Gebu yang tidak masuk akal.


Ironi. Macam tahi bintang. Biarpun tidak berpunggung namun tahinya kelihatan sering kelihatan di ruang angkasa.


Sekian saja upacara mengumpat manusia pada hari ini, esok bawa tikar mengkuang, keropok sikit, air teh seteko, boleh lah kita mengumpat dengan lebih lama. 

No comments: