"Darah dibalas darah". Ungkapan yang sering didengar di dalam filem-filem aksi tempatan seperti KL Gangster, Adnan Sempit, Hikayat Merong Mahawangsa serta Karipap-karipap Cinta. Namun tidak wujud pula ungkapan berkaitan "dara". "Dara dibalas teruna"? Atau "Dara dibolos teruna"?
Terpulang bagaimana mahu di-interpret ayat pertama perenggan pertama tersebut. Dari mata si mangsa, itu adalah keadilan. Dari mata si pemangsa, itu adalah dendam. Dendam dan keadilan. Mana mungkin wujud salah satu tanpa satu yang lain. Dendam kesumat si mangsa rogol membuatkan si perogol menerima hukuman sebat hingga pecah kulit jubor, hukuman yang berdasarkan keadilan. "Inilah keadilan", ujar mangsa rogol. Di suatu sudut, "Inilah dendam", ujar si perogol setelah didapati bersalah.
"Keadilan adalah ibarat menyusun timun di bawah dan durian di atas." Skrip sebuah drama komponen sastera tingkatan 4. Keadilan? Atau dendam? Kisah timun yang membuat onar membuatkan durian menghempap dan menusuk, atas nama keadilan. Atau kisah timun yang membuat taik dengan durian tersebut mendorong raja buah tersebut membalas dengan tusukan duri yang maha tajam, atas nama dendam. Golongan timun ditindas oleh golongan raja buah. Keadilan dari mata raja buah. Dendam dari mata timun.
Perjuangan mencari keadilan dan perjuangan membalas dendam. Terpulang kepada mata dan hati yang melihat. Hanya jauhari mengenal manikam, hanya si adil mengenal keadilan, hanya si pendendam mengenal dendam. Sudah dipinjam, dibelanja, digunapakai, namun bila tiba masa membayar, mereka turun berkhemah. Dari mata golongan timun, itu keadilan, kerana masih ramai golongan raja buah yang hanya meminjam namun tiada pembayaran. Dari mata golongan raja buah, itu dendam, kerana buku merah golongan timun sudah disekat serta atas bunga-bunga tersembunyi yang disembunyikan. Masakan tidak, sudah pakai segak-segak mahu ke Bandung, tiba-tiba buku merah disekat untuk terbang. Jadi timun di pihak mana? Pihak yang adil, atau pihak yang dendam?
"Padan muka kau nyamuk, kan dah kena spray. Mampus kau. Kau hisap darah aku, aku spray kau, barulah adil."
"Kau tengok manusia tu, kita hisap darah dia sikit pun dia nak berdendam."
No comments:
Post a Comment