Sehingga hari ini, yakni selepas seminggu telefon pihak TM, rumah masih tidak berinternet. Bengang pulak aku, rasa macam nak pergi bakar opis TM. Tapi apakan daya aku bukan kaki bakar, setakat cucuh rokok di mulut sendiri beranilah. Itupun kadang-kadang cuak jugak, mana lah tahu kot-kot tetiba api lighter tu besar nak mampus habis terbakar muka aku yang kacak ni. Tak ke rugi gadis-gadis di luar sana.
Hari tu aku tengok bola sepak Liga Jerman. Lepas tu ada sorang pemain ni, nama beliau, adalah "Pooki". Haha. Tak ingat lah pulak nama penuh beliau, tapi nama kat jersi adalah "Pooki." Apa-apa lah orang Jerman ni, bagi nama anak lucah. Tahulah kau tu mat salleh, tapi kasi lah nama yang baik-baik sikit, macam "Khairoul". Tak ke sedap nama tu? Itulah nama paling sedap dalam dunia. Nama aku pun sama macam tu jugak, no wonder lah aku insan yang hensem, sebab nama dah pun sedap.
"Mak, Pooki laparlah." Tak ke awkward-moment bila anak kau cakap macam tu? Ish. Tak sopan langsung. Lepas tu kau pulak balas "Kejap lah Pooki, mak tengah masak ni. Tak sabar betul ye kau Pooki?" Double awkward.
Ada jugak pemain bola sepak yang bernama "Apam" di Liga Perancis. Hek eleh, nama kuih kau bagi kat anak kau? Tak kreatif langsung. Kot ye pun itu makanan kegemaran kau, bagi lah nama lain. Macam "Khairoul". Dah sah-sah anak kau akan jadi tegap kacak bergaya macam aku. Apam. Apam. Kesian kau. Kalau kau datang pasar malam Malaysia, mesti kau ingat kau popular sebab banyak papantanda kedai tulis "Apam balik 3 singgit" kat sini.
Masa muda-muda dulu aku pergi Spain. Ada tempat nama dia "Taragona". Ejaan dia aku tak ingat sangat, sebab aku tak pergi situ pun, cuma nampak papantanda atas jalan. Hek eleh, suka-suka je kau nak cop tempat tu "takdak guna". Pakai indian accent pulaj tu, "Tarak gona!" Cuba kau letak nama tempat tu....."Khairoul". Tak ke sedap? "Hai, nama saya Apam, ini kawan saya, Pooki, kami orang Sepanyol, orang Taragona." "Oh Apam dan Pooki, Taragona punya orang." Awkward bila kau mengaku kau sebuab kuih, kawan kau sebuah kemaluan, dan kedua-dua kau dan kawan kau adalah orang yang tiada guna. Taragona.
Itu belum aku start pasal nama tempat "Angers" kat France. Tak mesra rakyat langsung nama tempat. Tak ke pelik kau namakan tempat kau sebagai "Kemarahan-kemarahan"? Aku saspek penduduk kat situ semuanya perempuan. Yang sedang PMS. Kalau kau pergi situ, jangan la kau cari pasal, tak pasal-pasal kang kena tarik rambut lepas tu kena cakar muka. Cuba kau letak nama tempat tu....."Khairoul", sah-sah dah penduduk situ senang beramas mesra.
Eh kau kenak tak penyanyi nama Kaka kat Malaysia? Ala yang nyanyi lagu pasal bawak lari anak orang dengan Zizan kat radio tu? Kaka. Kau ingat kau pemain bola ke hapa? Caca (sebut kaka) tu kalau dalam french maksudnya adalah 'najis'.
......Kaka, you are soooo kaka, Kaka. Kakakakakakakakakaka.
2 comments:
Masa Dato' kat sekolah dulu, masa perhimpunan, cikgu ada buat pengumuman supaya nama-nama yang disebut, sila tunggu lepas perhimpunan. "Bla... bla... bla... (nama orang)... Zakiah Buang...! Yusman Pungut...!
Budak-budak lain duk geleng kepala, "Hai, yang sorang elok-elok dah buang, yang lain pergi pungut pulak!" Tak ke awkward moment tu.
WAKAKA=)) mcm ngek je nama sebegitu rupa.sadis betol~
Post a Comment