Kau tengok Taiwan-Malaysia tadi? Tahniah kerana melayakkan diri ke pusingan kedua walaupun kalah 2-3. Aku takmau komen pasal match sangat, tapi gol-gol Malaysia memang cun. Cuma yang kurang best, tiada gol dari open play. Dua-dua dari sepakan percuma, ala-ala gol Roberto Carlos dan Steven Gerrard.
Aku cuma pelik. Perlukah kau jadi bodoh sangat untuk jadi pengulas bolasepak? Okey. Kita menang 2-1 kat tempat sendiri hari tu. Then hari ni kalah 2-3. So aggregate 4-4. Taiwan sumbat 1 gol kat tempat lawan (Bukit Jalil), dan kita sumbat 2 gol di tempat lawan (Taipei), so by away goal rules, kita layak.
Tapi apakebodohsangat yang kau, sebagai pengulas, yang 1Malaysia dengar, pergi cakap "Kita akan main masa tambahan sebab aggregate seri." Kau reti pasal bolasepak ke tak? Macam mana kau boleh jadi pengulas?
Lagi satu. Ini kalau kau tengok perlawanan pertama kat BJ hari tu, kau akan tahu yang Rajagobal buat tiga perubahan dari segi line-up. Yang kau yakin sangat cakap dia buat dua perubahan tu apasal? Kau ni kalau tak bodoh, memang bangang.
Yang ni last. Kau kenal ke tak sebenarnya pemain Malaysia ni? 'Talaha' is ta-la-ha, bukannya tal-ha.
Aku bengang tau bengang? Kau tau tak? Kasi orang lain la yang ulas, aku tak boleh konsentret tengok bola sambil mulut aku dok maki pengulas. Haktuih!
Harimau Malaya awum!
No comments:
Post a Comment