Wednesday, December 8, 2010

Hantu tetikus

Tetikus aku suka buat hal. Dia suka skroll atas and bawah sendiri. Bodoh betul. Aku syak yang tetikus aku kena sampuk hantu. Lantas..




..aku cabut tetikus dari pelabuhan USB laptop sambil merejam sekuat hati ke tanah. Terburailah tetikus itu. Bila nak pasang balik dah tak boleh. Padan muka. Rasakan. Tetikus aku tak sakit, aku yang sakit sebab..




..sekarang aku perlukan tetikus baru.





edit (sejam selepas entry di atas ditulis) : False alarm. Rupanya boleh pakai lagi tetikus aku. Dengan bantuan pemutar skru, tetikus itu berjaya diselamatkan. IT'S ALIVE!! IT'S ALIVE!!!!!!!

3 comments:

WP said...

Tu la, tetikus sakit, tapi kamu tak nak bawa dia terus jumpa doktor, dipukul pula...kesian tau tetikus tu! lol

PokaPola said...

@ wp : kadang-kadang kena belasah sikit baru dia tau

Anonymous said...

padan muka! lain kali sila hempuk lagi. haha~