Wednesday, October 6, 2010

PMR

PMR dah start. Macam best. Teringat time aku PMR dulu.




Ada sekali tu kitorang semua dah dalam dewan exam. Tinggal lagi seminit nak start kertas tu. Tapi ketua pemeriksa tu cakap kitorang dah boleh start.




Ada la dalam sepuluh saat dah dok belek-belek kertas exam tu. Pastu ketua pemeriksa tu cakap "Eh, semua pelajar sila tutup balik kertas periksa tu, belum masuk waktu lagi." Kitorang macam, ha??




Lepas tak sampai seminit, dia cakap balik "Okeh, sekarang boleh jawab." Gila berkira. Empatpuluh saat ja punnnnnn. Tapi kan, kalau empatpuluh saat, aku rasa aku mampu tembak sebanyak duapuluh soalan sebab kertas tu kertas soalan objektif (tak ingat dah subjek apa). 




Okeh, tukar cerita. Time lepas habis kertas Sains PMR. Ada la sorang klasmet aku tanya aku, "Oih Kai, amacam kertas Sains tadi?" Memandangkan aku rasa kertas tu agak senang (agak senang = tak sesusah peperiksaan percubaan), aku jawab la "Tak susah pun." Lepas tu kan, dia macam terkejut, pastu dia balas, "Hek eleh, berlagaklah hang." Haaaa?? Dah hang tanya aku, aku jawab la apa aku rasa. Macam tahik. Dia mesti nak dengar aku jawab "Oh babi babi babi babi babi babi babi, susah wooooo, rasa nak tercirit jawab tadi."




Time kertas soalan English pulak, aku telah menghabiskan sebanyak satupertiga daripada masa yang diperuntukkan dengan bertinggung di dalam jamban sebelah dewan peperiksaan. Akibat sarapan nasi lemak dewan makan. Nasib baik aku sempat habiskan esei aku.

1 comment:

Unknown said...

hehehe... masa paper Geog, I tertido sampai 20 minit sbb ngantuk sarapan nasik lemak byk sgt. pastu bila pemeriksa kejut, I ckp ' saya bukan tido lah tp tengah cari Idea!' hahahaha... cari idea utk jwp paper geog??? pale otak aku! hihihi