Friday, September 10, 2010

Khutbah

Tadi lepas semayang raya, dengar khutbah. (di mana terdapat segelintir kanak-kanak yang terlentok tidur, tidak dilupa juga berbondong-bondong pakcik-pakcik yang turut mengejoin aktiviti tidur berjemaah yang tidak bermoral itu.)




Aku teringat time aku sekolah asrama dulu. Time dengar khutbah jumaat. Khutbah selalunya ditulis dalam tulisan jawi, dan kat masjid tu selalunya pakcik-pakcik yang tua bagi khutbah. Satu hari ni kan, khutbah pasal Budaya Barat.




"......remaja-remaja kita sudah terikut-ikut dengan budaya barat. Berpakaian tidak senonoh, tidak menutup aurat. Musik yang didengar pula mempengaruhi kelakuan remaja-remaja sekarang; musik-musik keras, musik hip....musik hip.....hip..."




Banyak kali la jugak khatib tu dok ulang Hip tu, aku dok pelik, apahal khatib ni? Last-last kan, dia cakap,




"....HIPPPP....HUPPP"



Aku punya la tahan gelak tambah tahan berak time tu (masjid tu direnovate time tu, sekali dengan jamban dia renovate, terpaksa kemutan bontot aku dikuatkan). Nasib baik tak terberak aku kat situ.






Dia nak cakap Hip-hop tapi memandangkan tulisan jawi takdak hurup yang menyerupai hurup O, yang digantikan dengan hurup yang menyerupai hurup U (wau). So perkataan Hip-hop tu jadi Hip-hup, hahahahahahahaha.





Sekian sahaja jenaka yang kurang membina untuk hari ini.

2 comments:

Ryehanna said...

hahahahaha... lawak...

aku teringat kat opah aku...
dia nak sebut hip hop jadi 'hik hok'.

lagi la kelakar gile...

cos dulu adik aku gile berhip hop siap bentang checkered tikar getah tgh laman rumah and ber'breakdance' ngan kwn2 dia.. opah aku lak layan je smbl terjerit2 takut diorg patah riuk...

:P

PokaPola said...

@ ryehanna : hahahahaha, kelakor opah kau