Friday, July 2, 2010

Malaysia in Africa?

Sepanjang lima tahun ni banyak aku belajar. Oh ini bukan entry berbaur kesedihan. Dulu penah aku terpikir, "Buat apa aku belajar jauh-jauh, balik sijil sama jugak". Kawan aku reply, "Tapi kau akan ada pengalaman, dan minda yang lebih terbuka". Aku senyap sebab aku kurang setuju.





Dah lima tahun, baru aku sedar, betul cakap kawan aku. 


1. Dulu aku pikir orang berkulit hitam jahat. Sekarang aku sedar tak semua yang jahat. Dan aku belajar untuk tidak pakai word "Negro" sebab kadang-kadang ianya ofensif.


2. Dulu aku pikir, "Shit, macam mana nak hidup kalau tak makan nasik". Sekarang aku sedar nasik bukan satu-satunya jenis makanan yang wujud dalam dunia ni. Dan aku belajar untuk hidup dengan makan pizza selama seminggu.


3. Dulu aku pikir, "Damn, susah masuk toilet kalau takdak air, macam mana nak basuh". Sekarang aku sedar, pakai tisu pun bolehhhhhhhhhhhhh. Cuma makan masa.


4. Dulu aku pikir, "Kita kena ikut dan percaya apa kerajaan cakap dan buat". Sekarang aku sedar, sebagai rakyat, aku punyai hak untuk bersuara, which is good. Dan aku belajar buat mogok kadang-kadang adalah satu benda yang amat baik.


5. Dulu aku pikir Malaysia dikenali satu dunia. Sekarang aku sedar, ianya dusta. Ada sorang member aku mula-mula ingat Malaysia adalah sebuah negara Afrika. Kenal la sangatttttt.


6. Dulu aku pikir bestnya dapat belajar jauh-jauh, boleh main salji. Sekarang salji adalah benda aku paling menyampah. Dan ya, tak best belajar jauh-jauh. Bersyukurlah kalau anda di universiti tempatan. Aku sikit je lagi nak gila dok sini.


7. Dulu aku pikir, pagi wajib mandi. Sekarang aku belajar, mandi tiga hari sekali pun dah kira bagus.


8. Dulu aku pikir, kesian orang Arab selalu kena tindas kat Eropah. Sekarang aku belajar, memang patut ditindas sebab sesetengah Arab perangai macam setan.


9. Dulu aku pikir, "Pergh, pegi Eropah bolehlah kulit aku jadi cerah". Sekarang aku dah cerah banyak. Dulu kalau malam, hanya sekadar nampak gigi.








Summer is here. Dan panas nak mampos. Bagi yang dah konfem masuk neraka, ok la jugak, boleh diorang prektis.

3 comments:

suhaisweet said...

Don’t miss my latest..very useful Check Here

yonna said...

typical minded : seronok ada salji kat oversea T_______T samalah mcm aku. hahaha

PokaPola said...

@ yonna : mula-mula memang best, lama-lama naik meluat