Fuiyo, hari ni satu hari takdak mood. Satu hari atas katil. Satu hari depan laptop.
Tetapi setelah melihat seekor burung melompat-lompat serta bermandi-manda di lopak-lopak air tadi, mood kembali. Orang tua-tua kata kalau tengok burung mandi maknanya ada orang nak mampos? Heh? Setiap hari ada orang mampos.
The point is (speaking tetiba), terkesima sekejap tadi sebab betapa walhal seekor burung boleh membuat hari yang macam-haram-tak-produktif-dan-moody-menjadi-gumbira. Pelik.
Pelik macam main peek-a-boo dengan sebuah bayi kecil, tak kira la berapa ratus kali pun kau buat peek-a-boo dengan dia, tetap dia akan ketawa macam tiada hari esok. Bongok punya bayi. Dahla saiz kepala lagi besar dari saiz badan. Pelik.
....tengok burung mandi juga mengingatkan aku bahawa aku belum mandi lagi. Mari mandi sambil lompat-lompat.
1 comment:
tadah air dalam besen then mandi sambil lompat2.bhahaha!
Post a Comment