Sebelah aku ada sepasang kapel cina. Yang lelaki smart la jugak, yang perempuan pun apa kurangnya. Aku duduk betul-betul sebelah, telinga aku tak tangkap apa-apa bunyi yang dari situ. Kemudian, aku perhati la dengan lebih teliti, rupa-rupanya lelaki dengan perenpuan tersebut sedang main telefon bimbit masing-masing.
Sebelah aku satu lagi pulak, ada tiga lelaki. Usia mereka aku yakin tak belum cecah tiga puluh lima. Kalau dah tiga puluh lima pun belum cecah, empat puluh sembilan apatah lagi konfim-konfim jauh sangat. Yang tiga orang lelaki ini banyak bunyi, tak macam pasangan tadi. Sekejap-sekejap bersembang pasal perihal kampeni masing-masing, sekejap-sekejap bersembang pasal universiti tempatan, sekejap-sekejap yep yep yep you're right yep yep yep yep yep.
Depan aku pula, ada seorang lelaki india. Brader india ni pun macam aku juga, tak minum kopi. Sibuk main telefon seolah-olah tiada hari esok. Beliau datang seorang diri berdasarkan pengamatan aku, jadi takkan beliau nak bersembang sorang-sorang pulak. Jadi sepanjang di bawah observation aku, beliau memang senyap.
Lepas tu bila aku angkat sikit kepala aku, aku nampak laut yang biru dan jambatan Pulau Pinang. Terus aku teringat pasal Najib. Entah minum kopi ke tidak dia tu, bibir bak delima ranum.
1 comment:
...akhirnya terbit juga bibit kerinduan pada si bibir delima ranum tu!
Post a Comment