Saturday, February 16, 2013

Keseronokan di sebuah stesen bas

Pagi ini yaitu pagi Sabtu aku pergi ke sebuah stesen bas di satu daerah di Kedah. Daerah ini adalah daerah yang pernah dipopularkan oleh seorang doktor berambut cendawan yang menjual ubat ajaib di mana tak kira jenis penyakit apa pun ubat ini mampu sembuhkan.


Semasa menunggu bas ekspres tiba, aku memerhati sekeliling. Rupa-rupanya terdapat banyak pesen manusia yang menjengkelkan di sekitar stesen bas.


1. Budak kecil. Yang berlari-lari. Sambil memakai sepatu yang berbunyi. Cheek. Awkk. Cheek. Awkk. Sebelum ini aku bayangkan budak-budak kecil yang berlari sesuka hati sudah cukup menjengkelkan. Ternyata jangkaan aku meleset. Menjengkelkan bukan sebab apa, sebab bunyi cheek-awkk tu tak konsisten. Kejap laju. Kejap perlahan. Lepas tu laju balik. Lepas tu makin laju. Hendak sahaja aku tampar budak itu suruh beliau berjalan secara normal. Orang normal jalan macam ni, "Cheek.....awkk.....cheek.....awwkk...." Slow and steady kata orang. Saintis manalah yang cipta sepatu berbunyi ni.


2. Remaja Melayu. Pakai baju hitam lambang naga besar gajah. Pakai rantai. Pakai gelang kaler hitam. Rambut jarang yang terpacak. Lepas tu hisap rokok di kawasan yang orang rabun kronik pun tahu bahawa ada papantanda dilarang merokok kat situ. Bangsa macam ini lah yang menimbulkan bait benci kepada golongan perokok. Sudahlah lupa daratan sebab berpakaian ala-ala gangster Hong Kong, hisap rokok kat tempat larangan merokok pulak. Entah ke mana lah hala tuju masa depan beliau wahai tuan-puan yang budiman? Ke mana? Jengkel!


3. Budak kecil. Cina. Yang eksaited jumpa bas dua tingkat. Walaupun umum tahu bahawa populasi bas dua tingkat adalah agak kecil, namun bas itu bukanlah sesuatu yang aneh dan pelik!! Tiba-tiba pulak aku yang jadi marah dengan kenyataan itu. Di mana yang jengkelnya kau tanya sambil garu kening. Jengkel apabila budak kecil cina yang eksaited terbabit meluahkan rasa eksaited beliau dengan suara. "Papa dabel deker! Papa dabel deker! Papa dabel deker! Papa dabel deker!" (ulang selama dua minit). Bapak kau tu pekak ke yang kau kena ulang banyak-banyak kali? Kalau pekak baik kau beli keropok udang dabel deker tu bagi bapak kau, lagi senang dia faham.


4. Hon bas. Entah apa masalah pemandu bas? Janganlah kau menguji tahap keterkejutan aku dengan membunyikan hon dengan sambil lewa. Tak pasal-pasal aku jadi serupa spastik. Setiap kali kau bunyi hon bas, aku akan terkena parkinson. Terlompat sambil terketar-ketar menahan kemarahan terhadap hon bas yang kuat lahanat yang kau bunyikan. Kalau ye pun nak menandakan bahawa satu-satu bas itu telah tiba di stesen, jangan lah main hon. Cuba kembali ke kaedah yang lebih mudah iaitu dengan menjerit "Pancaran Matahari! Penumpang Pancaran Matahari! Bas dah sampai!" Pelik betul aku dengan nama bas sebegitu rupa. Apa bas Pancaran Matahari ni boleh sampai ke Matahari?


5. Suara diri sendiri. Semasa di dalam kereta. Sewaktu sing along dengan AC Mizal. Dalam lagu Apo Kono Eh Jang. Dah tahu diri tu tak hafal lirik, duduk diam-diam sambil angguk-angguk kepala sudah lah. Dah serupa orang gagap.


"Papa dabel deker papa dabel dek-cheek awkk cheek awkk che-bel deker papa dabel deker pa-PONNN-awkk cheek awkk-ker papa dabel-eek awk cheek-PONNN PONNN-cheek awkk cheek awkk cheek-awkk-deker-PONNN-awkk-chikok-chikok-PONNN-chikok-dabel deker eh apokono weh jang ekau mandi telanjang ekau dah besar panjang jangan duduk terlentang kang aku terajang ekau berbau longkang."


1 comment:

Anonymous said...

kelakar