Aku baru sahaja menjalani satu pengalaman yang funny. Aku baru bangun ni, hari Sabtu pun aku bangun awal bukan? Kalau mak kau dengar yang aku bangun awal pagi-pagi Sabtu begini, sudah pasti aku lah calon menantu yang ideal. Calon je lah tapinya sebab aku lambat lagi nak berumahtangga. Bukannya kau sanggup tunggu aku pun, kan ke semua orang nak kahwin di awal usia remaja?
Berbalik kepada pengalaman yang funny tadi. Aku kat kedai mamak ni. Makan tosai. Saja tukar angin, selalu aku makan roti kahwin. Logik di sebalik roti kahwin itu adalah, roti yang tidak bertelur dikahwinkan dengan roti yang bertelur, macam manusia. Kecualilah kalau kau songsang, mesti kau akan order roti kosong dua ataupun roti telur dua. Takpun kau mintak telur mamak tu terus, itu lain cerita.
Aku cakaplah kat mamak tu aku nak tosai mentega. Lantas beliau mengerutkan dari menandakan beliau konfius. "Tosai mentega? Sini tarak la dey itu tosai."
Aku balas kembali kerutan dahi beliau. Kami saling mengerut. "Eh, selalu ada ja mamak? Hari pulak takdak?"
"Tosai mentega? Mana ada sini, hari-hari pun mana ada!"
Ah sudah. Tak pasal-pasal jadi gaduh pulak aku dengan mamak ni kat sini. Jadi aku tukar taktik. Aku cakap, "Kalau tosai planta? Ada dak?"
"Haaaaa, tosai planta kalu, ada!"
Setan. Mentega dia tak kenal, planta dia kenal.
6 comments:
aku faham perasaan ini.. dulu masa kecik2 aku dan kawan aku pergi kedai apek..
Aku : Apek.. shuttlecock ada?
Apek : itu aa? takda aa..
kawan aku : bulu tangkis ada?
Apek : sat aa.. wa ambik..
Aku : (cis)
Hahaha...sebab Planta tu marjerin. Bukan mentega. Kot...
kahkahkah
Betul la tu. Mentega butter. Planta marjerin. Dia taknak buat janji palsu.
Alamak aku la yang silap ni? Esok aku pergi minta maaf dengan mamak tosai tu.
sengal marjerin tu jenama gak giler -_-
Post a Comment