Saturday, December 3, 2011

Susu lembu

Tadi aku kena pergi dengar satu ceramah. Dan aku rasa ceramah tu agak mengecewakan.




Penceramah tu cakap dia lebih respek seorang budak lepasan SPM yang ada RM 2 juta ringgit, daripada budak yang ada ijazah tapi cuma ada RM 3 ribu. What? Gambaran yang beliau berikan adalah, pendidikan kau tak penting, duit lebih penting. Heh. Awkward. Masalah dengan perbandingan beliau adalah, macam mana seorang budak lepasan SPM nak dapat RM 2 juta? Langsung tak logik.




Lepas tu beliau cakap pulak, duit bukan segalanya tapi kalau kau nak hidup, kau perlukan duit. Ok. Itu adalah ayat budak-budak yang selalu update status kat facebook. Habis, yang kau pergi banding budak SPM 2juta dengan budak ijazah 3ribu tadi apasal? Duit bukan segalanya. Selagi budak ijazah tu hidup senang dengan 3ribu beliau, apa kau nak kisah? Aku kompius.




Tapi yela siapa yang taknak ada gaji besar kan? Tapi kalau kau nak gaji besar, sijil kau kena besar jugak. Cuba kau bagitau aku, kerja apa yang kau boleh buat dengan sijil SPM untuk kau dapat RM 2juta. Cuci jubor Najib? Keringkan helmet Rosmah? Mana ada oi! Aku pernah dengar member aku cakap, member beliau pelajaran tak tinggi tapi pakai BMW duit puluh-puluh ribu. Kau tau member beliau buat kerja apa? Jual dadah. Kau nak suruh pelajar jual dadah?




Duit tak pernah akan datang bergolek masuk akaun bank kau. Siapa yang selalu fikir bahawa senang nak buat duit, adalah bodoh. Ini pemikiran yang sangat kolot. Lepas tu si penceramah ni asyik-asyik la cerita pasal tangga gaji. Hey, bukan semua orang nak kerja dengan kerajaan. Kalau kau pelajar jurusan pengurusan bank, pergi kerja kerajaan, itu sangat rugi. Walaupun susah nak mampus nak dapat kerja swasta sekarang, tapi janganlah jadikan 'kerja kerajaan' itu sebagai option yang pertama. Kecuali kalau kau sangat patriotik sampai sanggup gadaikan sijil kau, pergilah kerja kerajaan. Aku tak.




Lepas tu beliau cakap lagi, kalau kau dah berjaya kumpul duit banyak-banyak tapi masa tu kau dah tua bangka memang takda guna. Sebabnya kau tak dapat merasa nikmat duit tu bila dah tahap bangka. Bodoh betul. Duit kau banyak-banyak masa kau tua adalah sebagai pemangkin kemandirian zuriat kau. Pendek kata, untuk anak-anak cucu-cucu kau. Wang ringgit kau tu boleh diwasiatkan kepada mereka. Itulah nikmat yang paling berharga. Berbakti kepada ahli keluarga sendiri. 




Penceramah ni cara penyampaian isi kandungan beliau memang tanpa was-was yang terbaik pernah aku tengok. Tapi isi beliau? Atas sikit je dari sampah. Beliau mengajak pelajar-pelajar yang rata-rata masih muda (kecuali aku la opkos duh!) untuk mementingkan wang ringgit lebh dari pendidikan.




Perseneli, aku tak pernah berharap sangat untuk dapat gaji besar gajah. Sebab manusia ni, kau bagi la gaji banyak mana pun, takkan pernah cukup. Jadi baik aku bergaji sederhana, asalkan aku boleh hidup senang.









Eh bergaji sederhana bagi aku dalah RM 10ribu sebulan. Dan 'hidup senang' bagi aku adalah 'hidup mewah'. Bodoh betul siapa yang taknak gaji besar gajah!! Tapi aku taknak la jadi macam lembu yang banyak susu. Susu je banyak, tapi otak lembu. Aku nak jadi lembu bijak yang banyak susu. Anda ada susu?





Pendidikan adalah top priority. 

3 comments:

intaNadia said...

mesti penceramah tue salah sorang yg join MLM...hehe

hzrhkamal said...

ini modul uitm ke? jati diri tajuknya?

pelik, sebab sikap penceramah kami pagi tadi pun sama.

racist, unstable(kejap suruh kaya, kejap suruh jangan kejar duit.

ohmai.

emak. bukan penari tiang said...

cakap besar dia.

cuba hang plak pi bagi ceramah aku nak tengok. kahkah.

tapi kalau pak jutawan spm ada 2 juta dah memang la logik. anak sapalah tu. ada penah dengaq anak najib hat kecik masuk u mana-mana eh? anak datuk K?