Tuesday, December 2, 2014

Perjalanan

Fullamak ai, bila letak tajuk entry guna satu perkataan macam tu, nampak macam aku ni berseni gila babi. "Perjalanan".


Hari tu aku ada bawak kereta. Tengahari macam tu. Selalu aku ni pesen kalut kalau bawak kereta, biarpun aku ni terkenal dengan sifat yang rilek-rilek serta qanaah dan taurina. Tapi hari itu, betul-betul membuka mataku, yang sudah cukup terbuka ini.


Aku bawak rilek-rilek, tak laju. Dalam 70 ke 83 kilometer sejam. Perjalanan aku ada la dalam 8 kilometer. Sepanjang perjalanan tu, banyak benda aku belajar. Rupa-rupanya banyak gila babi bangunan, mesjid, sekolah, kedai makan, kedai tayar, kedai perabot di sepanjang perjalanan aku tu.


Kalau sebelum ni, aku bawak laju, memang tak sempat pandang kiri kanan, mata memang always on the road, fikir nak sampai cepat. Benda sekeliling memang aku tak hirau kecuali, lampu isyarat, polis trafik dengan kucing melintas.


Bila sampai ke rumah dari perjalanan yang membuka mata itu, baru aku sedar, itu adalah petanda Tuhan kepada aku. Hidup ni rilek-rilek, jangan pandang jauh-jauh sangat, jangan fokus satu cita-cita, hinggakan benda-benda sekeliling yang berlaku sekarang, diabaikan dan dipandang enteng. Seolah-olah Tuhan mahu memberitahu, "Rilek la brader, kalut-kalut nak pergi mana?"


Jadi dengan itu, demi prinsip Carpe Deim, aku dah buat game keempat untuk Android yang bertajuk "2207 Challenge", dan ya, 2207 tu tarikh lahir aku serta abah aku. So..pergi la download kalau berani menyahut cabaran, rilek-rilek jugak game ni pun.

Link ke Play Store








No comments: