Bulat dan sfera, mana mungkin wujud dua, mahupun tiga empat lima atau enam garis lurus.
Begitu serius perbincangan berkaitan geometri dia atas seolah-olah tujuan asal penubuhan blog kenapa begitu serius ini sudah lari sedikit. Usah risau dan kaget, perkara geometri yang dibincangkan tidaklah seserius mana pun, cuma melontarkan buah pandangan. Ha apa lagi sambutlah buah pandangan tersebut dengan hati yang terbuka. Tahi bintang, buah pandangan, seolah-olah benda yang sama.
Bintang tidak berpunggung namun bertahi, di manakah pula pokok pandangan jika buahnya sering dilontar secara semberono? Jika itu dibahaskan, pasti banyak pihak yang menggaru kepala terkebil-kebil kekalutan mencari idea. Serupa juga dengan pendingin hawa dan pisang goreng.
Hawa ialah bini Adam. Kaum hawa adalah orang perempuan biarpun menjadi perempuan mahupun lelaki bukanlah menjadi sesuatu kaum tetapi itulah realitinya. Pendingin hawa, bukanlah aparatus yang digunakan untuk menyejukkan sesuatu kaum yang sering marah-marah tanpa sebab serta sebulan sekali emosinya tidak menentu. Bukan. Penghawa dingin pula, tidaklah masuk akal untuk digunapakai. Tidak kah pelik meng'hawa'kan sesuatu yang sejuk? Seolah-olah kau ambil satu peti sejuk, lalu kau mekap serta pakaikan baju kurung kepada peti sejuk terbabit seraya berkata "Haa terer pun aku hawakan dingin ini!"
Sementara pisang goreng, lain pula ceritanya. Jarang pekedai makan mengiklankan produk mereka dengan menulis "Goreng nasi kampung". Statistik penggunaannya begitu rendah sekali. Jadi dimanakah letak waras akal jika pisang goreng dipanggil goreng pisang? Di punggung? Pisang goreng pula jarang kelihatan sekitar pasar Ramadhan di sini namun di sana tidaklah pula aku ketahui kerana sampai pun tidak pernah macam mana nak tahu.
Fikir-fikir dan kaji la sedikit.
No comments:
Post a Comment