Wednesday, October 12, 2011

Lambat sikit.

Macam mana aku boleh lupa nak tulis pasal Malaysia-Australia hari tu? Ha, mungkin sudah tua.




Kalau ada lagi yang tak puas hati dengan kekalahan Malaysia tempoh hari, dia adalah bodoh sombong. Bodoh sebab dari awal memang dah sah-sah Malaysia menantikan kekalahan. Dan sombong sebab tak sedar diri bahawa Australia ranking berapa? Malaysia ranking berapa?




Seronok tengok penyokong-penyokong Malaysia kat stadium tu, dengan bendera jersi siap. Tanah tumpah darahku lah kata kau.




Hencik Rajagobal nampak semat dengan pakaian lain selain kemeja putih kegemaran beliau. Barulah nampak wibawa sikit pakai macam tu.




Pasal game, memang tak boleh kata apa lah, ibarat budak tadika lawan bola dengan budak sekolah menengah. Bak kata Aizat, kita masih muda masih mentah. Itu fakta. Memang kita mentah.




Tidak mengapa, yang penting sokongan peminat. Eh lagi satu, aku bengang betul lah dengan FAM ni. Cuba la tunjuk sikit usaha nak dapatkan permit untuk Safee. Raja segala ada dalam tu, buat hapa?? Kang aku kutuk kat sini kang, dia murka masuk paper masuk berita pulak. Pui.




Rakyat murka meroyan takdak pulak nak masuk berita, mengada betul. Pui sekali lagi.

No comments: