Aku rasa advantage. Dulu aku soft-spoken, betul, dulu aku sopan gila babi kot. Cakap pun elehhhh, macam berbisik. Sekarang? Aku berbisik pun dah macam menjerit. Bagus sebab bak kata lecturer english aku, Orang melayu terlampau sopan, terlampau.Sikit-sikit nak mintak maaf, sikit-sikit nak
Ini aku nak bandingkan lah orang Barat dengan Timur. Lebih tepat lagi, pelajar Barat dengan pelajar Timur. Kalau pelajar Barat, tak kira la kau profesor ke kau pengarah universiti ke, kalau dia tak puas hati, dia akan cakap face to face. Kalau pelajar Timur, harammmmm, tak payahlah, nanti orang cakap kau kurang hajar pulak. Aku rasalah, semua pelajar Barat boleh jadi pendebat. Pelajar Timur nak debat? Boleh kira dengan jari.
Ini lah masalahnya. Dah nama pun kau tak puas hati, jadi wajiblah kau cakap depan-depan. Kalau kau pendam je dalam hati kau, sampai bilanya nak setel. Kalau kau tak cukup mengkritik, maknanya konsep KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis) tak efektif. Kau kena pandai kritik! Tak kisah lah profesor ke, lecturer ke, kerajaan ke.
Dan yang kena kritik tu janganlah nak sensitif tak tentu pasal. Ini orang baru cuit sikit, dah gelabah nak hangin naik minyak. Kau tak sempurna, jadi jangan nak berlagak sempurna.
Eh, aku peliklah bila perempuan kata lelaki mulut manis. Kalau lelaki tak manis mulut, maknanya dia tak out-spoken dan terlampau soft-spoken. Eiyewww, kau nak ke lelaki soft dik? Haktuih! Jadi mari menanam tebu di pinggiaq bibiaq, haqhaqhaq.
1 comment:
aku jenis sopan santun..sumpah
kalau tak puas hati apa, aku diam saja..
silalah percaya.
Post a Comment