Friday, April 2, 2010

Satu dalam duapuluhlapan juta

Sedih hatiku. Tapi Tuhan lebih berkuasa.





Walaupun aku di perantauan, aku selalu bukak radio malaysia kat internet. Pengubat rindu. Aku sanggup berjaga sampai pukul duatigapagi kat sini semata-mata nak dengar celoteh arwah secara live. Terhibur beb hati, boleh lupa semua masalah. Tambah-tambah slot drama sebabak, boleh tertelan gigi aku bantai gelak.





Time aku kecik (sampai form five, kecik la sangatttt), aku pelanggan setia komik-komik malaysia macam ujang dan apo? Sebahagiannya adalah seni karya arwah. Hasilnya, sekarang aku kadang-kadang jadi agak sengal dan ibarat badut. Aku bangga.





Aku tulis ni bukan sebab aku pernah jumpa arwah ke, bukan sebab arwah pernah jumpa aku ke, takdak connection langsung. Tapi cara arwah bercakap dan berceloteh membuatkan aku rasa teramat rapat dengan arwah. Dan, aku rasa terhutang budi dengan arwah. Aku nobatkan arwah sebagai pelawak spontan terhebat seluruh malaya.















Terima kasih Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi kerana selama ini berjaya menghiburkan hatiku. May God bless your soul. Amin.

1 comment:

A.I said...

sedih jugak!!
sangat2 lah tak sangka....


ALFATIHAH buat arwah..
moga roh beliau dicucuri rahmat...