Dokter kata kalau nak sedap tidur pasang musik-musik yang slow, yang melankolik.
Dokter kata kalau nak sedap tidur, baca novel, konfem akan mengantuk.
Masalahnya, bila aku pasang musik-musik yang slow sambil baca novel, sadenli novel yang aku baca jadi semakin menarik, dan aku tak boleh stop. Aku tak penah beli novel yang jalan cerita macam siput, slow. Dan tak penah dalam hidup aku (dan tak akan terjadi), aku beli novel-novel yang cintan-cintun, alergik. Tengok cover novel-novel camni pun aku dah start rasa gatal-gatal dan nak koma.
Dan musik. Oh, aku seorang yang meminati musik. Tak kisah la musik macam mana hambar pun, aku akan suka sikit-sikit. Sedangkan Syarifah Aini pun aku boleh minat (ini tipu). Dalam list lagu-lagu ipod aku cuma ada lagu-lagu instrumental sahaja yang jatuh dalam kategori lagu-lagu melankolik.
First time dengar, bosan.
Seken time dengar, bosan.
Tiga kali dengar, eh sedap pulak.
Empat kali (dan seterusnya) dengar, wow, sedap.
So macam mana aku nak tidur kalau setiap kali aku pasang lagu-lagu camni, kaki aku akan bergoyang-goyang ikut rentak? Nak pulak lagu La Isla Bonita Acoustic Moods, tergodek-godek aku sorang-sorang atas katil.
Maka dengan ini, aku sedang mencuba teknik baru untuk senang tidur, tidur meniarap dengan lubang hidung dan mulut aku tertutup rapat. Tadi aku dah try kejap, ada la rasa pening-pening lalat sikit, dan mengantuk. Ada kebarangkalian teknik aku akan berjaya.
ps: ye, aku dah try mengira kambing biri-biri sebelum tidur. tapi sampai satu tahap aku jadi teramat lapar sebab terpikirkan BBQ daging kambing. lagi la aku tak boleh tidur.
No comments:
Post a Comment