Wednesday, April 6, 2016

Darjah Enam, Dah Berpoligami

Sekarang ni ramai orang masih tertanya-tanya, adakah budak-budak sekolah rendah boleh dikahwinkan. Sebenarnya ini adalah cerita lapuk zaman berzaman yang sering membelenggu di benak fikiran rakyat tempatan mahupun di kawasan kota. Benak. Itu lah. Benak.



Sebagai seorang warga yang sebegitu malas nak ambil pusing ataupun ambil putar cerita sebegini, aku sepatutnya hanya mendiamkan diri dan memerhatikan pihak pihak yang bertentang ideologi bertelagah serta berketahi tentang isu ini. Berketahi tu bukan typo, itu shortform untuk berkelahi sambil membaling tahi, berketahi. Tapi, tadi aku terbaca satu laporan berita mengenai isu basi ini. Boleh baca dekat sini malaymail online.



Rumusan kepada laporan tersebut adalah, "Hang bagi ja la budak budak kahwin, budak budak la ni kecik kecik dah beromen sana sini. Baik bagi kahwin supaya tak jadi seks luar nikah."



Bagi yang dah berkahwin, aku belum kahwin, aku nak tanya, memang kau kahwin semata-mata sebab nak beromen ke? Adakah itu tujuan itu? Takkan masa kau kahwin, kau berniat dalam hati sahaja aku berkahwin dengan sipolan hanyalah untuk beromen tunaaiii? Hah?



Pertama tamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk tidak menjadi benak. Keduanya, aku yakin orang yang menyokong perkahwinan bawah umur ini tidak mempunyai sebarang unsur unsur empathy. Bukan capati, kalau capati semua orang suka, ini empathy.



The capacity to place oneself in another's position. Kapasiti terbabit untuk meletakkan tempat satu ke dalam lain's posisi. Kau bayangkan kau darjah enam, kau bercinta dengan satu makwe paling hot dalam kelas kau, lepas tu kau nak kahwin dengan dia. Esok lusa lepas UPSR kau terus kahwin dengan makwe kau tu. Masuk tingkatan satu, kau dah bergelar seorang bapa. Masuk tingkatan dua kau dah ada dua orang anak.



Aku tanya sekali, bagi yang dah berkahwin dan ada anak, sebab aku belum ada anak, sebab aku belum kahwin, macam mana kau seimbangkan antara anak dan kerjaya? Susah ke senang seperti ABC dan a piece of cake sahaje? Dari segi mental pula, semudah ibarat kacang je niii?



Mental. Masa. Komitmen. Kewangan. Ugama. Itu bagi aku asas penting untuk berkahwin. Kalau satu tak cukup, kau boleh je berkahwin, tapi bak kata orang tua-tua kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, dan ruyung kau akan jadi keras gila babi untuk kau pecahkan demi mendapat merahnya sagu kebahagian berumahtangga. Fuh, husband material rupanya kau ni mesti kau fikir macam tu kat aku. Well wajah yang kacak semestinya begitu.



Kamonlah, sanggup ke kau, bila esok dah ada anak sendiri, nak bagi anak kau kahwin muda muda sangat? Mana cita-cita?