Wednesday, May 30, 2012

Masalah orang super kacak #1

Abadi berjalan-jalan di sekitar pekan seorang diri. Pakaian yang dikenakan cukup ringkas, berseluar denim lusuh dengan tali pinggang Quiksilver biru, berbaju kemeja kotak-kotak berwarna terang, bertali leher, berkasut kanvas berwarna cokelat serta bertopi jerami kecil. Cermin mata reben diselitkan di butang baju paling atas. Sementara bling-bling di pergelangan tangan dikenakan agak longgar agar kelihatan sedikit taf.


Pergerakan Abadi amat lancar petang itu. Jarang-jarang masuk ke kedai yang berdekatan kerana tujuannya keluar ke pekan hanya satu, pisang goreng Kak Menab. Pekan itu memang taksub dengan pisang goreng Kak Menab, sampaikan ada dua tiga kampeni konglomerat yang menawarkan kontrak eksport ke luar negara termasuk Jepun, Poland, Mexico serta Zimbabwe. Namun Kak Menab tolak, kerana Kak Menab orang berfalsafah, tidak mahu diekslpoitasi golongan berkolar putih. Bahkan pula Kak Menab seorang yang sangat cantik di matanya sendiri.


Setiba Abadi di gerai Kak Menab, orang sudah panjang beratur, kira-kira 500 meter panjangnya. Bukan tak hendak, tetapi sudah banyak kali Kak Menab mengusulkan agar sistem mengambil nombor seperti di pejabat pos dilakukan, namun pihak berwajib masih mendiamkan diri, kerana sistem bernombor memerlukan dana yang besar. Sekitar 20 ribu ringgit. Tunai.


Abadi tidak mengendahkan kepanjangan barisan itu, lagipun Abadi bukan orang barisan, buat apa hendak berbaris? Abadi orang bulatan, kalau masuk bulatan ramai-ramai Abadi memang setuju sangat. Dari jauh Kak Menab sudah nampak Abadi, lantas di'hoi'kan Abadi. Hoi! Abadi hanya menganggukkan kepala. Setiba sahaja Abadi di situ, Kak Menab yang berpeluh serta bergelang emas Poh Kong hingga ke siku menghulurkan satu plastik pisang goreng kepada Abadi. Abadi bayar pakai tunai. Semua sekali lima ringgit.


Biarpun Abadi memotong barisan yang sepanjang 500 meter itu, Abadi tidak kisah kerana Abadi di pihak yang betul. Sebetulnya, sejam sebelum Abadi ke warung Kak Menab, Abadi telah menghantar sepucuk SMS berbaur "Kehadapan Kak Menab, pisang goreng lima ringgit. TQ." Sistem memesan pisang goreng melalui khidmat pesanan ringkas itu masih di peringkat percubaan. Kak Menab sudah fedap dengan usulnya meminta sistem bernombor dengan pihak berwajib. Kak Menab juga bukan orang barisan.


Sambil berhati girang, Abadi pulang ke terataknya di hujung kampung di mana di bawah terataknya ada seekor katak melalak bak kata Jamal Apaapasahajalah. Di dalam terataknya Abadi segera mengambil pinggan, sudu, garfu serta kicap. Abadi ada darah Norway, jarang sekali makan pakai tangan, maklumlah tangan itu kotor jika dilihat seperti di dalam iklan sabun pencuci tangan. Lagipun Abadi malas basuh tangan.


Sambil mencicah pisang goreng ke kicap, Abadi menonton televisyen. Dengan secara ketiba-tibaan, TVTiga memaparkan "BERITA TERGEMPAR".


"Pihak stesen kami melaporkan bahawa sebentar tadi seorang pemuda yang berpakaian cukup ringkas, berseluar denim lusuh dengan tali pinggang Quiksilver biru, berbaju kemeja kotak-kotak berwarna terang, bertali leher, berkasut kanvas berwarna cokelat serta bertopi jerami kecil cermin mata reben diselitkan di butang baju paling atas sementara bling-bling di pergelangan tangan dikenakan agak longgar agar kelihatan sedikit taf telah dilihat! Saksi di warung goreng pisang Kak Menab berkata tidak pernah sepanjang umurnya melihat lelaki sekacak itu, sehinggakan saksi tersebut berkata dia hampir-hampir meminta cerai dengai suaminya supaya dapat terus bersama dengan lelaki kacak itu. Malangnya pihak kami tidak sempat menemubual lelaki super kacak itu kerana kami lewat tiba. Sekian melaporkan, untuk. TVTiga."


Abadi hanya tersenyum kecil sambil memakan pisang goreng bersalut kicap.





Tuesday, May 29, 2012

Al-kisah Jalil ep2

Jalil bangun pagi itu dengan kepala yang agak berat. Sambil menggosok-gosokkan matanya, dia melangkah ke bilik mandi. Musim sejuk suhunya memang rendah, tidaklah sampai ke bawah takat beku, sekitar 10 darjah celcius. Jalil memberus gigi dan mencuci muka, misai serta janggutnya dicukur nipis.


Semangkuk bijirin berperisa coklat dicampur dengan susu. Kelam-kabut juga Jalil makan sebab kelas lagi sepuluh minit dah nak mula. Lagipun Jalil tidak suka lewat ke kelas, nanti prof tanya macam-macam. Malas hendak menjawab. Sudah makan, mangkuk dibiarkan sahaja di dalam sinki.


Kasut Converse hitam dipakai. Jaket disarung. Sebatang rokok disua ke mulut. Pintu rumah apartment ditutup dan dikunci. Lagi lima minit kelas akan bermula. Sambil melangkah laju menuruni tangga apartment, rokok di bibir dinyalakan. Kombo gabungan asap dan udara sejuk mengisi paru-paru Jalil. Seperti dikejutkan sesuatu, kombo itu menyegarkan Jalil, dia sudah tidak mengantuk lagi. Kelasnya hanya sekitar 300 meter dari apartmentnya.


Kelas pagi itu memang membosankan, matapelajaran Matematik. Nama sahaja Matematik tetapi bukannya berkaitan nombor, tetapi lebih kepada logik akal. Contohnya, "Jika A adalah B dan C adalah B, maka C adalah A." Bagi Jalil, itu bukan Matematik, Jalil menguap sekali-sekala menjeling ke arah jam tangan Levi's kulitnya. Tidak sabar menantikan waktu rehat sepuluh minit sebelum kelas seterusnya.


Sejurus sahaja kelas Matematik langsai, Jalil bersama-sama yang lain melangkah ke luar ke pintu hadapan universiti, perlu keluar dari ruangan tertutup ini. Memang sudah menjadi kebiasaan meminum kopi di kala rehat. Jadi duit syiling dua puluh serta sepuluh sen Euro dicapai di dalam kocek. Mesin kopi itu menjadi tumpuan. Hampir kesemua pelajar beratur untuk membeli segelas kecil kopi. Jalil melangkah ke luar sambil segelas kopi di tangan. Berhati-hari sebatang rokok dikeluarkan dan dinyalakan. Tttttssssstttt-ahhhhhhh. Secara berjemaah, pelajar-pelajar lelaki dan perempuan, profesor-profesor lelaki dan perempuan menghisap rokok.


"Jalil, t'as une clope s'il te plait? J'ai oubliƩ la mienne chez moi."


"Oui. Tiens." Jalil dah agak dah. Kawan berbangsa Arabnya memang selalu macam tu. Konon-konon tertinggal rokok di rumah, padahal dah seminggu dah. Hendak tak hendak Jalil suakan sebatang rokok. Jalil suakan sekali pemetik apinya.


Habis sebatang rokok, Jalil nyalakan sebatang lagi. Sedutan asap diselangi hirupan kopi yang dibeli. Jalil dan rakan Arabnya bersembang rancak, dari isu halal haramnya rokok ke isu matapelajaran Matematik sebentar tadi. Rakan-rakan yang lain juga sibuk bersembang sambil menghisap rokok. Jalil memang tidak rapat dengan rakan yang lain kerana bagi Jalil, susah untuk menyertai aktiviti mereka, melainkan berbangsa Arab.


Kelas kedua bermula. Dua jam selapas, rehat lagi sepuluh minit. Sekali lagi mesin kopi serta pintu hadapan universiti menjadi tumpuan. Kopi dan rokok, itu yang menceriakan pelajar-pelajar serta profesor-profesor. Rutin kopi dan rokok diulangi lagi selepas kelas ketiga.


Setelah kelas hari itu selesai, Jalil melangkah pulang ke apartment. Ditemani rakan Arabnya yang juga hendak pulang. Rokok masih menjadi makanan utama, gabungan asap serta udara dingin menjadi penghilang tekanan pelajarannya. Tanpa diminta, rokok disua ke rakan Arabnya. Rakan Arabnya hanya tersenyum, berjanji esok akan membayar kembali hutang rokoknya selama seminggu itu.


Jalil masuk ke apartment. Televisyen dibuka dan dibiarkan. Peti ais dibuka, Jalil menggeledah peti aisnya. Ayam dah habis, daging dah habis. Jalil lapar.


Lantas telefon bimbitnya dicapai, dan Domino's Pizza dihubungi.


"Allo, chez Domino's Pizza."


"Allo." balas Jalil.

Saturday, May 26, 2012

Pendidikan percuma

Petang itu sangat sunyi serta angin sepoi-sepoi. Kami berempat duduk-duduk di bangku luar supermarket sambil menikmati hawa ekon yang sesekali keluar ke luar pabila pintu kaca gergasi otomatik itu terbuka dengan otomatik tatkala manusia melangkah masuk dan keluar ke luar. Kelibat-kelibat anak-anak gadis yang lalu-lalang kami tatap dengan penuh berminat, tambah-tambah yang sedap-sedap badannya. Sebagai golongan belia, hormon kami di dalam fasa kemuncak, oleh sebab itulah aktiviti menatap anak-anak gadis kami ambil serius.


"Pukul tiga dah ni, kuliah dah nak start."


"Awal lagi."


"Betul. Awal lagi. Lagipun kita bayar yuran tiap-tiap semester. Suka hati kita la nak masuk kelas lambat ke awal ke ponteng ke."


Kami bertiga mengangguk kepala tanda persetujuan telah dicapai. Petang itu kami bersetuju tidak ke kelas! Aktiviti menatap anak-anak gadis di supermarket diteruskan dengan penuh istiqomah.


---


Petang itu sangat sunyi serta angin sepoi-sepoi. Kami berempat duduk-duduk di bangku luar supermarket sambil menikmati hawa ekon yang sesekali keluar ke luar pabila pintu kaca gergasi otomatik itu terbuka dengan otomatik tatkala manusia melangkah masuk dan keluar ke luar. Kelibat-kelibat anak-anak gadis yang lalu-lalang kami tatap dengan penuh berminat, tambah-tambah yang sedap-sedap badannya. Sebagai golongan belia, hormon kami di dalam fasa kemuncak, oleh sebab itulah aktiviti menatap anak-anak gadis kami ambil serius.


"Pukul tiga dah ni, kuliah dah nak start."


"Eh eh dah lambat ni."


"Betul tu, dah lambat ni. Lagipun yuran tiap-tiap semester bukannya kita yang bayar. Jom lah pergi kelas. Aktiviti pemantauan anak-anak gadis ni bila-bila masa pun kita boleh sambung. Rugi kalau orang dah kasi kita belajar free kita tak pergi kelas."


Kami bertiga mengangguk kepala tanda persetujuan telah dicapai. Petang itu kami bersetuju untuk ke kelas seperti biasa! Aktiviti menatap anak-anak gadis di supermarket ditangguhkan dengan penuh berhemah.



Ugutan di hospital

"...thanks doctor for threat me so nice."


Bacaku di laman sosial Facebook.


Tidak kusangka para doktor mengugut pesakit mereka. Ugut dengan so nice pula tu.


Apakah kelakar yang kau cuba sampaikan ini setan? Kahkahkah.

Friday, May 25, 2012

Jumaat dan Ghani

"Hari ini Ghani bangun awal, dalam pukul dua belas macam tu. Semangat benar bangun awal time-time cuti. Sebabnya, hari ini adalah Ketua Kampung kepada segala hari, yakni Jumaat. Ghani pejam celik pejam celik atas katil, liat betul nak bangun betul-betul, maklumlah, Ghani baka paling malas.


Agak-agak dalam lima minit duduk terbaring sambil memikirkan baju melayu kaler apa nak pakai kejap lagi, Ghani pun bangun. Mengeliat serupa kucing bangun tidur lepas tu mencapai kotak merah. Sebatang rokok yang diisi dengan perlbagai ramuan racun termasuk racun memerang diambil., Ghani menyalakan rokok di bibir. Tsssssst-ahhhhh, sedutan pertama di pagi hari adalah sedutan syorga, matanya dipejam rapat sementara hembusan pertama dihembuskan. Sesekali bahagian kelangkang digaru, bukan kegatalan, tetapi dah memang tabiat di pagi hari.


Habis hisap rokok Ghani ke bilik mandi. Brr-brr. Air kolah dicedok dan dihempas ke badan serta kepala. Sambil mencedok dan menghempas, Ghani menggosok gigi dengan tangan kiri. Memang. Ghani memang seorang yang multitasker, untunglah sesiapa yang kahwin dengannya nanti, sudah pasti Camelia, geprennya sejak di bangku sekolah. Habis gosok gigi, Ghani syampo rambut pakai syampo Kepala&Bahu yang menghilangkan masalah kelemumur serta gatal kepala. Sedang asyik menguli-uli kepala, tiba-tiba Ghani rasa nak berak. Sambil menyumpah-nyumpah perutnya yang biadap, Ghani mencapai tuala dan menuju ke jamban, kepalanya masih dilengkapi sabun syampo.


Dalam perjalanan ke jamban yang jauhnya kira-kira sepuluh meter dari bilik mandi, Ghani terserempak seekor penguin. Penguin tersebut memandang tepat ke arah Ghani. Ghani sudah bersedia, sambil mengikat kemas kain tualanya Ghani memasang kuda-kuda.


Penguin itu memulakan serangan pertama, teknik terajang jurus keempat. Pantas! Ghani hanya sempat berdiri di situ sambil menantikan serangan itu. DUSH! Tak sempat mengelak, terajang kaki penguin itu singgah tepat ke jantungnya. Ghani rebah, ternyata teknik pertarungan penguin itu sudah banyak meningkat semenjak pertarungan yang lepas. Ghani cepat-cepat bangun serta mencapai sebilah parang.


Dengan garang di tangan Ghani berlari ke arah penguin itu. Lariannya begitu kencang sehinggakan pinggan serta kuali bertebaran terbang ke udara. Belum sempat pinggan serta kuali itu jatuh mencecah lantai, Ghani tiba betul-betul di depan penguin itu. Namun penguin itu cekap, libasan parang Ghani ditepis dengan tangannya. Ghani melepaskan parangnya ke lantai lalu cuba menumbuk perut penguin itu. DUSH! Terpancul keluar darah dari mulut penguin, organ dalamannya cedera. Ghani menyerang lagi, kali ini dengan menggunakan kayu berbol. DUSH DUSH! Dua kali libasan kayu besbol kena tepat di kepala penguin. Habis berdarah-darah kepala penguin itu. Sambil cuba menstabilkan dirinya yang peni-"


"Macam tipu je cerita kau ni Ghani." celah Rosli.


"La apa pulak tipu. Betul la. Kau tak dengar habis lagi cerita aku." kata Ghani bersungguh-sungguh.


"Tipulah. Tadi aku tengok TV, orang TV cakap kat Malaysia mana ada penguin."


"Eh penguin ke aku cakap tadi? Silap silap bukan penguin, burung layang-layang, ha burung layang-layang. Sebab burung tu la aku miss semayang jumaat tadi."


"Burung layang-layang?"


"Haah." balas Ghani yakin.


"Tipulah, burung layang-layang mana ada tangan. Kau cakap dia tepis pakai tangan tadi."


"Ada la!"


"Sudah lah Ghani, toksah bagi alasan lah. Aku memang dah agak dah kau malas pergi semayang jumaat. Penguin konon, burung layang-layang konon."


"Eh kejap. Yang kau cakap pasal orang TV dengan burung layang-layang tadi kau tengok channel mana?" soal Ghani.


"550. Apasal? Ah kau jangan cuba-cuba menukar topik perbualan, aku belum habis lagi nak ceram-"


"Channel 550 siang tadi ke? Tajuk "Burung Layang-layang di Borneo"?"


"Ye. Sudah. Kau dengar ni, kau tau tak apa hukum semayang Jumaat Ghani kau tau tak? Kau ni orang islam ke orang bukan islam Ghani? Bawak-bawakla taubat Ghani, nanti esok-esok kau mati mayat kau jadi kaler hitam siapa yang malu? Kau pikirla pasal kemaluan besar mak dengan abah kau Ghani."


Ghani bangun dari kerusi warung burger sembil menggeleng-gelengkan kepalanya serta mulutnya menyumpah-nyumpah.


"Kau nak pergi mana tu Ghani? Tengok, aku nak tegur sikit kau dah merajuk. Kau ni."


"Bukan merajuk la setan! Aku pun tengok jugak dokumentari burung layang-layang tu siang tadi! Pukul satu setengah Rosli!! PUKUL SATU SETENGAH SAMPAI PUKUL DUA SETENGAH tengahari!! Sebelum kita putus kawan, baik kau cium kaki aku mintak maaf sekarang!!"


Thursday, May 24, 2012

Satu malam di pasar malam

Banyak sangat dah merapu blog aku ni. Jadi mari kita bincang isu yang lebih serius. Isu dia adalah : "Semalam aku pi pasar malam". Ah-hah! Apa benda la yang serius pasal pasar malam kau tanya aku. Meh aku usulkan dua tiga isi penting. Yang. Serius.


Okey, semalam aku ke pasar malam. Masa tu dah gelap dah. Dalam pukul lapan macam tu. Macam biasa aku jalan-jalan gaya macho dan tegap. Bukannya nak beli apa pun, cari lengkuas, sawi, sepat dengan ayam goreng kentaki. Sedang aku jalan-jalan sambil diperhatikan dua tiga pasang mata anak-anak gadis, aku stop dekat kedai jam. Kedai jam tu ada jual bateri, aku pun berkira-kira la nak beli bateri empat dua ringgit yang jenama entah apa-apa tu.


Lepas tu ada sorang budak perempuan. Tinggi dia ada la dalam paras peha aku. Aku perhati je la. Pakai pijama budak-budak warna pink bertemakan hello kitty. Sambil membelek-belek jam kat situ, dia genggam erat segulung duit not seringgit. Sesekali dia bertanya dekat brader kedai jam tu "Pakcik ni berapa ringgit?" Pakcik tu tak dengar sebab alahai perlahan sungguh suara budak tu. Sebenarnya dah terpampang besar gajah dah "RM15" kat kedai tu. Jadi aku bajet budak ni paling maksimum pun darjah satu, sebab masih dalam golongan buta huruf. Dekat dua tiga empat lima enam kali jugak dia perhati jam kat situ. Dan dekat dua tiga empat lima enam kali jugak dia tanya "Pakcik, ni berapa ringgit?". Dekat lima minit jugak aku lepak situ usha-usha bateri apa paling power. Last-last aku tak beli pun, dan aku blah ke kedai sayur-sayuran.


Isu dekat sini yang aku nak usulkan adalah 1. Aku lemah dengan budak-budak 2. Apasal budak kecik kenit ni datang pasar malam sorang-sorang?


Usul satu. Aku tiga je yang aku memang lemah. Budak-budak. Orang tua. Kucing. Entah mengapa aku sedih pulak tengok budak tu. Duit dalam genggeman tangan ada dua tiga ringgit, tapi nak beli jam. Dan jam tu adalah jam orang lelaki dewasa. Muka sangat innocent. Dekat kawasan aku tinggal ni selalu aku jumpak orang yang susah gila babi. Kalau kau cakap kau orang susah, kau jangan bohong, orang kat tempat aku lagi susah. Lagipun bila aku tengok gelagat budak kecik ni, aku teringat masa aku kecik-kecik dulu, nak beli kereta dash yang pasang sendiri tu dengan duit lima ringgit dalam poket. Padahal kereta dash tu harga dia sepuluh ringgit. Aku pun cakap kat taukey kedai tu "Uncle, jual lima ringgit tak boleh?" sambil terliur tengok orang lain masing-masing ada kereta dash sendiri. Jadi, terima kasih kat budak ni kerana mengingatkan aku yang aku pun berasal dari orang susah. Sekarang dah senang sikit sebab makin hensem.


Usul dua. Yang ini aku paling bengang. Budak ni kecik lagi. Duit kat tangan dia tu sah-sah makabah dia yang bagi. Persoalan sekarang adalah where the hell are her parents mang? Yo know whad am saying? Yo dawg know what am saying? Aku duduk Perlis, memang dah sempadan sangat dengan Siam, makabah dia tak risau ke anak kecik kenit tu pergi pasar malam sorang-sorang? Tak takut kena culik lepas tu kena bawak pergi Siam lepas tu baru kalut nak masuk paper menangis teriak macam orang bangang? Ah usul kedua ni buat aku emosional. Pandai buat, tak pandai jaga. Lain kali, beli kondom.


Pengajaran kat sini adalah jangan pergi pasar malam lambat sangat bila ada kejohanan sukan MSSM kat tempat kau. Sebab lambat sikit je, segala makanan habis, ayam goreng kentaki habis, apam balik pun habis, taufufa pun habis, burger pun habis. Yang tinggal hanyalah air milo ais dengan ikan termenung.


Jadi saya cabar pihak TM dan diri saya sendiri untuk berdebat tentang bilakah masanya babi hoi hang nak mai pasang internet kat rumah aku?

Wednesday, May 23, 2012

12 sentimeter

Sedang di dalam kelas, suasana agak riuh kerana cikgu Fizik belum masuk. Dianggarkan hanya tiga suku dari pelajar yang hadir, lagi satu suku sedang berehat-rehat di atas katil di bilik masing-masing. Lagipun cikgu Fizik tak kisah sangat pasal kehadiran, asalkan pelajarnya cemerlang dalam matapelajaran Matematik yang diajarnya tu sudah la.


Kulop duduk-duduk sambil membelek telefon bimbit. Bulu yang di sebelahnya hanya duduk bersandar di kerusi plastik dengan memeluk tubuh, matanya dipejam. Sesekali Bulu menggaru-garu dagunya yang kegatalan.


"Uish, 12 sentimeter?" monolog Kulop pabila terbaca tentang artikel berkenaan ulat gonggok paling panjang di Togo di skrin telefon bimbitnya.


"Panjang mana eh 12 sentimeter?" bertanya Kulop seorang diri.


"Bulu, 12 sentimeter panjang mana?"


"Oi bulu! Kau tidur ke? 12 sentimeter panjang mana Bulu?" soal Kulop sambil menghenjut bahu Bulu yang nampak macam tertidur.


"Hah?"


"12 sentimeter. Panjang mana?"


"12 sentimeter? Kejap." kata Bulu sambil cuba berfikir.


"Kau rasa panjang mana?" ujar Kulop, serius.


"Kejap aku buka zip seluar aku. Aku punya pun memang ngam-ngam 12 sentimeter." kata Bulu sambil mengacah membuka zip seluarnya.


"Kahkah. Bodoh. Kau punya tu kontot ada hati nak mengaku 12 sentimeter."


"Yela, dulu tak 12 sentimeter pun."


"Yeke? Kau serius ke ni?"


"Haah."


"Habis tu kau buat macam mana sampai jadi 12 sentimeter?" Kulop tanya, serius.


"Aku potong setengah." jawab Bulu dengan nada selamba sambil menyambung memeluk tubuh, bersandar ke kerusi dan memejamkan mata kembali.


LIKE A BOSS.

Tuesday, May 22, 2012

Al-kisah Jalil

Jalil berjalan-jalan di sekitar bandar petang itu. Petang Khamis memang selalunya ramai orang di bandar, memandangkan Khamis adalah hari setengah hari kepada pelajar-pelajar universiti serta kolej. Peluang setengah hari adalah peluang yang perlu diambil kesempatan untuk mengambil angin. Membuang segala tekanan pembelajaran yang kian tepu di otak. Menyedut segala angin-angin serta zen-zen positif.


Jalil berjalan melintasi kedai-kedai baju, kedai-kedai makan serta kedai-kedai perkakas elektronik. Dilintas sahaja, tidak masuk, kerana wang biasiswa belum lagi masuk, jadi tak perlulah membeli-belah. Lagipun itu bukan tujuan asal Jalil ke bandar. Dari jauh sudah terpampang papantanda "Tabac", sebuah kedai menjual rokok, majalah serta gula-gula. Jalil mempercepatkan langkah.


"Un Marlboro s'il vous plait." ujar Jalil sambil tersenyum ke arah pekedai Tabac yang berkaca mata serta berbaju cokelat itu.


"Merci." tambah Jalil setelah sekotak Marlboro diserah ke tangannya. Baki wang sebanyak tiga perpuluhan lima euro itu diambil kemas dan dimasukkan ke kocek jeans belah kanan. Pekedai Tabac itu hanya mengangguk kembali.


Plastik lutsinar nipis yang membungkus kotak Marlboro itu direntap dan ditanggal. Sebatang Marlboro diletak di bibir dan dinyalakan. Jalil meneruskan langkah sambil asap Marlboro itu disedut dan dihembus. Langkahnya kini perlahan, steady, tidak terburu-buru seperti tadi. Perutnya sudah tiga kali berbunyi, sekali di dalam bas ketika dalam perjalanan ke bandar, sekali ketika turun dari bas, dan sekali lagi ketika Marlboro di mulutnya itu dinyalakan.


Kelihatan seorang yang berpakaian ala-ala tentera, berbut tinggi, berambut punk, bertatoo di lengan serta sebuah botol di tangan sedang duduk membelakangi kedai jam. Di sebelahnya ada anjing besar. Leher anjing itu diikat tali. Anjing itu sedang duduk dengan matanya hanya memandang orang yang lalu-lalang di bandar. Jalil melintas di hadapan pemuda tidak berumah itu.


"Oh jeune homme. T'as une clope?" jerit pemuda itu kepada Jalil.


"Tiens." Jalil berhenti sambil menghulurkan rokoknya yang di tangan itu. Sudah separuh terbakar.


"Merci jeune homme!" balas pemuda itu sambil meletakkan rokok yang diberi Jalil ke bibirnya. Rokok disedut. Jalil tersenyum dan melangkah pergi.


"MERCI JEUNE HOMME!!" jerit pemuda tidak berumah itu sekali lagi ke arah Jalil yang sudah 10 meter jauh. Jalil hanya mengangkat tangan kanannya tanpa menoleh ke arah pemuda itu, tanda "Sama-sama".


Jalil tiba di satu simpang empat. Jalan di bandar begini memang dikhaskan kepada pejalan kaki. Jarang-jarang ada kenderaan yang meluncur di sini, kalau ada pun hanya mereka yang dibenarkan. Simpang ke kanan menghala deretan kedai lagi. Simpang ke kiri menghala ke sebuah lapangan yang dikhaskan kepada peminum-peminum alkohol, pub. Jalil meneruskan langkah ke simpang pukul 12.


Hidung Jalil sudah mula menangkap bau-bau pudar daging yang dibakar. Perutnya berbunyi buat kali keempat. Sepanjang berjalan menerusi bandar, ada juga dua tiga mata yang mengamati Jalil. Namun Jalil sudah biasa, wajah orang asing di bandar kecil ini memang jarang-jarang. Jalil hanya buat dek. Dua hari lepas, seorang nenek tua yang bertongkat menegur Jalil, bertanyakan asal-usul Jalil dan menyatakan hasrat ingin suatu hari ke Malaysia kerana pernah terbaca akan keindahan Malaysia. Jalil hanya mengiyakan sahaja kata-kata nenek itu.


Jalil duduk di meja luar kedai kebab itu sementara menunggu pelayan kedai datang mengambil pesanan. "Un kebab, mayonaise ketchup sans tomate, et un coca." Itu sahaja yang diujarkan Jalil kepada pelayan kedai kebab yang datang dari Morocco itu. Kebab dengan sos serta mayones, tanpa tomato serta minuman kegemaran Jalil, setin Coca-Cola. Kebab di situ memang kena dengan selera Jalil, murah pula tu.


Sementara menunggu pesanannya tiba, Jalil menyalakan sebatang lagi rokok. Telefon bimbitnya diperiksa, tiada panggilan mahupun pesanan teks yang masuk. Telefon bimbitnya dimasukkan kembali ke dalam kocek jeans belah kiri. Sedang Jalil memerhati keadaan sekeliling sambil menikmati angin petang di situ, datang seorang perempuan awal 20-an ke meja Jalil.


"Salut, t'as du feu s'il te plait?" ujar perempuan itu kepada Jalil.


"Oui, attends." balas Jalil sambil mengeluarkan pemetik apinya dan menyalakan rokok di bibir kecil perempuan itu. Perempuan itu terpaksa membongkokkan badannya.


"Merci!"


"De rien."


Perempuan itu meneruskan langkah ke arah dari Jalil datang tadi. Jalil hanya memerhatikan sahaja gerak perempuan itu. Boleh lah tahan, desus hati Jalil. Kalau ikut standard orang Eropah, aku kasi 7/10, ujar hatinya lagi. Serentak itu kebabnya tiba di meja berserta satu tin Coca-Cola. Tin itu dibuka dan diteguk, terasa terbakar sekejap tekak Jalil dek aliran air coke itu. Jalil angkat kebabnya perlahan-lahan dan disuakan ke mulutnya, gigitan pertama, meleleh keluar sos serta mayones yang diletak di dalam kebab itu. Sesekali french fries yang disertakan sekali dimakan. Jalil puas, kebab ini memang berbaloi.


Setelah makan, Jalil memulakan langkah ke stesen bas melalui jalan tadi. Dalam perjalanan pulang, Jalil sempat masuk ke sebuah kedai buku, hanya tengok-tengok. Kedai buku tersebut adalah satu-satunya kedai di bandar yang menawarkan buku inggeris. Namun jika ingin membeli buku-buku baru, pesanan ke England harus dilakukan, seminggu baru sampai.


Jalil pulang ke apartment dengan perut yang gembira. Turun dari bas, Jalil menyalakan sebatang lagi rokok. Sambil menghisap rokok, Jalil melangkah ke apartment.


Asap-asap rokok disedut dan dihembus keluar.





Nazmi Faiz sah

Menurut sumber, Nazmi Faiz telah menandatangani kontrak dengan Kelab Bola Sepak di Portugal. Aku bangga. Satu, sebab Nazmi berjaya mendapat kontrak dengan kelab Eropah biarpun itu kelab tak berapa power. Dua, sebab ramalan aku tentang betapa tingginya potensi budak ni dalam entry masa final sukan SEA dulu terbukti benar.


Aku harap banyak lagi yang ada potensi macam Nazmi ni ditemui. Sebenarnya, ramai yang ada potensi tinggi macam budak ni, masalah utama adalah untuk mengecam dan menggilap. Itu adalah masalah paling tinggi. Sebab? Sebab sistem bola sepak di peringkat muda-mudi (youth system) di semua negeri di Malaysia adalah dalam tahap taik. Rata-rata budak-budak yang power ni dijumpai di SSBJ.


Dalam bab menggilap pulak, aku rasa rancangan Harimau Muda ada la sikit keberkesanan dia. Aku akan tabik skuad ni bila dah boleh layak ke olimpik. Sebab kalau dalam pasukan kesebelasan utama, memang Malaysia jauh ketinggalan, nak layak ke Piala Asia pun aku rasa lagi sepuluh tahun baru mampu. Tapi, di peringkat bawah 23 tahun (untuk olimpik), Malaysia mungkin hanya empat tahun terkebelakang. Jadi, aku ramalkan, skuad bawah 23 akan layak ke olimpik lagi empat tahun, iaitu olimpik selepas olimpik London.


Aku cuma berharap, jangan ada mana-mana pihak (terutamanya orang politik) yang akan keluar paper esok cakap, "Ini adalah usaha kerajaan barisan." Sebab usaha semua terletak kat Nazmi, dia yang main bagus, dia yang skor wondergoal hari tu. Orang politik hanya main rebut-rebut kerusi dalam persatuan. Oh ya, pengerusi FAM pun jangan ambil kredit, KAU SENYAP!


Bayangkan kalau pembangunan sukan betul-betul dianggap serius, berapa ramai lagi yang setanding dengan Nazmi. BAYANGKAN! Ini tak habis-habis gaduh. Macam pundek.


Nazmi Faiz, the Malaysian prodigy!


*menangis kegembiraan sambil mengelap hingus yang meleleh*

Monday, May 21, 2012

Bibit-bibit kecurangan

Faizal terburu-buru mematikan laptopnya. Facebook pun tak sempat nak tandatangan-keluar, risau jugak kalau-kalau abahnya yang selalu meminjam laptopnya terbukak laptopnya dan menge-hack akaun Facebooknya lalu menulis status yang berbunyi entah apa-apa seperti "Saya pakai seluar dalam berwarna pink."


"Jal, aku ada problem ni. Nak jumpa kau kejap." tulisan ruangan borak di Facebook itu melekat seperti kotoran degil melekat di atas baju sukan berwarna putih di dalam iklan serbuk pencuci baju. Solusi untuk membuang lekatan ayat itu? Kena jumpa Haris sendiri. Macam dalam iklan tu jugak, kena pakai serbuk pencuci tu sahaja sebab serbuk pencuci lain hanya berkesan sebanyak 99.9% sementara serbuk pencuci iklan itu akan berkesan sebanyak 100%, kompom!


Kelihatan Haris sedang duduk-duduk di atas bangku panjang. Kanak-kanak bermain papan gelongsor, buaian, jongkang-jongkit besi serta rounders di taman permainan itu. Ada dua tiga kanak-kanak yang kelihatan spastik, terloncat-loncat tanpa tujuan ke sana-sini, ada juga dua tiga yang hanya duduk di atas lantai taman permainan yang lembut itu sambil berborak dengan serius perihal episod Power Rangers di TV2 semalam. Sesekali kedengaran suara ibu bapa menjerit dari bangku-bangku panjang melarang anak-anak mereka dari berkelaluan tidak senonoh di situ. Kanak-kanak yang dijerkah ibu bapa tersebut hanya melambai-lambai kembali dengan tahap kebodohan yang melampau sambil bermain girang bersama teman-teman. Ibu bapa yang menjerkah pula hanya mampu mengetap bibir kebengangan sambil terseyum dan menggeleng-gelengkan kepala kemaluan ke arah ibu bapa lain yang memandang dengan pandangan menghakimi.


Faizal tiba di taman permainan dengan basikal BMX peraknya. Tercari-cari akan Haris. Sesekali berdiri di atas pedal basikalnya sambil membiarkan BMXnya itu meluncur perlahan-lahan. Selang dua minit, dia nampak Haris. Haris tampak sugul. Riak wajahnya dari jauh kelihatan begitu suram. Hati Faizal tak sedap, tertanya-tanya sendirian apa pula masalah Haris kali ini. Kalau dua minggu lepas, Haris ada masalah kewangan, tapi Faizal dah pinjamkan lima puluh ringgit dah, sudah terang kali ini bukan pasal kewangan. Kali ini masalah lain.


"Ris, kau ada masalah apa?" soal Faizal setelah BMXnya diparking bersebelahan sebuah tong sampah kecil yang belum lagi divandalisma. Lagipun peratusan vandalisma di daerah itu agak rendah jika dibandingkan dengan daerah-daerah jiran.


"Masalah besar ni Jal." balas Haris, lemah.


"Cerita la kat aku, mana tahu aku boleh tolong."


"Nor."


"Nor? Kau gaduh dengan tunang kau?"


"Tak."


"Habis?"


Haris yang dari tadi mengelakkan sentuhan mata serta memandang tepat ke arah kanak-kanak yang bemain di taman permainan itu kini mengalihkan matanya tepat memandang mata Faizal.


"Aku dapat tahu Nor curang dengan aku." Haris akhirnya pecah lubang.


"Kau biar betul? Nor tu aku nampak baik je." Faizal seakan tidak percaya. Seekor kumbang melompat ke bahu Faizal. Faizal tak perasan.


"Betul. Nampak je baik."


"Ish. Takkanlah." kumbang itu kini merayap ke ketiak Faizal.


"Betul. Aku siap ada bukti dalam telefon aku ni." Haris cuba menyakinkan Faizal sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kanan seluar.


Faizal hanya diam sementara Haris menekan-nekan telefon bimbitnya, ingin menunjuk bukti bahawa tunangnya Nor curang dengan Haris. Selang empat puluh saat, telefon Haris dihulur kepada Faizal. Faizal menyambut sambil tak sabar nak tengok bukti kecurangan tunang kawan baiknya.


"Aku ingat nak mintak putus tunang la Jal." kata Haris, kelihatan begitu kecewa.


"Ini ke bukti kau Ris?"


Haris hanya mengangguk, sambil ditekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Kedengaran seorang kanak-kanak menangis dek terjatuh buaian, seolah-olah turut sama bersedih dengan Haris.


"Kau rasa macam mana Jal, patut tak aku putus?" soal Haris, mukanya masih ditekup.


"Jal. Takpe Jal, jawab jujur Jal, patut tak aku putus?" soal Haris lagi setelah Faizal tak jawab.


"Jal." Haris mengangkat kepalanya yang dari tadi ditekup setelah Faizal hanya membisu.


KREK! KREK! KREK!


Faizal mengayuh BMXnya ke arah dia datang tadi. Bodoh! Baghal! Bahalol! Setan! Sumpah hati Faizal.


"JAL!!" jerit Haris kepada Faizal namun tidak diendahkan oleh Faizal yang sudah kira-kira 100 meter jauh.


Telefon bimbitnya yang ditinggalkan Faizal di atas bangku panjang itu dicapai. Terpampang laman Facebook untuk mobil di skrin.


"SEJAUH MANA KESETIAAN TEMAN LELAKI/WANITA ANDA? JAWAPAN : SI DIA TIDAK SETIA.

KLIK SINI UNTUK KETAHUI PULA KEHEBATAN TEMAN LELAKI/WANITA ANDA DI RANJANG."


Haris memandang sayu keputusan ujian Facebook itu di skrin telefonnya. Kecewa.


Sementara Faizal berazam sudah tidak mahu bersahabat dengan Haris yang bodoh itu. Bodoh! Baghal! Bahalol! Setan!


Saturday, May 19, 2012

Melabur tupperware

Aku rasa pelaburan paling pasti akan menguntungkan selain dari melabur emas, adalah tupperware.




SETIAP kali pergi mana-mana kedai tupperware, bila aku tengok harga dia, mak ai, mahal. Lantas mak aku akan cakap, "Dulu murah ja tu. Tak sampai saploh ringgit." WTF?




Tupperware makin mahal sebab minyak makin mahal. Bahan utama plastik adalah petroleum. Disebabkan sangat susah kau nak stok minyak kereta, baik beli tupperware banyak-banyak, lepas tu simpan. Lagi lima enam tahun, kau jual balik. Lagipun tupperware bukannya ada tarikh luput, sampai kiamat pun boleh pakai.




Aku rasa boleh jalan ni kalau esok-esok aku kerja, aku stok tupperware banyak-banyak. Agak-agak harga minyak antarabangsa naik, aku jual kat makcik-makcik yang takdak kerja lain selain membeli perkakas dapur sekadar untuk hiasan.




Uish. Semat jugak idea pelaburan aku ni. Siapa nak jadi pemegang saham?

Friday, May 18, 2012

Pengaruh

"Tadi aku nampak warga asing."


-"Lelaki ke perempuan?"


"Lelaki."


-"Kompom penyangak la tu."


"Kalau perempuan?"


-"Pelacur."


"Tapi tak nampak macam penyangak pun."


-"Ish kau ni tak tengok 999 ke? Warga asing kan semuanya penyangak."


"Aku jarang tengok TV."


-"Kau kena jugak sekali-sekala bukak TV tengok berita."


"Hmm."


-"Kalau nampak warga asing, cepat-cepat telefon polis, tak pun imigresen. Kau telefon tak tadi?"


"Tak pun."


-"Ish kau ni. Tak prihatin betul lah."


"Tapi aku sempat la borak dengan dia kejap."


-"Kau borak dengan dia?"


"Haah."


-"Kau gila hoi? Nasib baik nyawa kau panjang lagi."


"Baik je aku tengok warga asing tu."


-"Tipu lah. Mana ada warga asing baik."


"Baik la. Dia siap tandatangan lagi."


-"Warga asing mana ni?"


"Aaron Ajis."


-"Oo. Cakapla pelakon. Kalau pelakon, memang la baik. Nak-nak lagi yang hensem badan sedap peluk."


"Prejudis."


-"Betul la, pelakon semua baik."


"Mana kau tau?"


-"Aku tengok kat Melodi."


"Apa la akan jadi dengan hidup kau kalau kau takda TV."

Thursday, May 17, 2012

The Kit Kat Code ep2

"Ya saya, baik Chief, saya akan ke sana sekarang juga." ujar Roslan bin Borhan. Talian telefon dimatikan dan iPhone putih yang baru dibeli diletakkan di atas meja di sisi katil hotelnya. Kata-kata Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus sebentar tadi cuba dihadam. Argh, innalillah. Baru sahaja semalam dia berborak dengan Saleem di telefon. Pengawal keselamatan muzium tu dah janji nak bawa Roslan jalan-jalan kat bandar Kolumpo ni. Patutlah Roslan tunggu kat depan Lowyat Saleem tak sampai-sampai. Last-last Roslan pun kena klepet dengan taukey Lowyat, beli iPhone kaler putih dengan harga 4 ribu setengah padahal kat kedai lain lagi murah.


Roslan menjeling ke arah jam tangan jenama Boy Landen di tangannya, pukul 2 pagi. Huargh, Roslan menguap, mengantuk lah, yang si Saleem ni pun kalau nak meninggal, meninggal la tengah hari ke, petang ke, ini pagi-pagi buta nak meninggal, keluh Roslan. Dengan lemah gemalai Roslan berjalan ke sinki lalu mencuci mukanya dengan pencuci muka yang menampilkan Sarimah Joned sebagai duta produk. Dicapai jaket hitamnya lalu keluar dari hotel. Sebuah kereta Mitsubishi Lancer berlogo Polis sudah menanti Roslan di pintu masuk hotel. Segera Roslan naik. Laju polis tu bawak, lampu merah ka kuning ka semua dia balun, takdak berhenti dah, punyala laju.


"Saya Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus, panggil sahaja Chief Inspector Jay Ghee Tee." sapa Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus sambil menghulurkan tangan.


"Profesor Roslan bin Borhan." jawab Roslan sambil menyambut tangan Jamal Ghazal dengan gaya gentleman bersalam.


"Awak kenal Saleem?"


"Kenal macam tu je. Sebab dia janji nak jadi tourist guide saya kat Kolumpo ni."


"Oo. Bila kali terakhir awak jumpa dia?"


"Last saya jumpa dia bulan lepas. Semalam dia kol janji nak jumpa kat Lowyat tapi dia tak datang pun. Tu la, mungkir janji lagi, kan dah mati, haha." gurau Roslan, inapproriate.


Mereka berjalan melintasi beberapa buah lukisan, lukisan pertama ialah "Baiki TVku Yang Rosak." oleh Zamzuri Opak, lepas tu "Jalan-jalan di Kodiang." oleh Serperi Ujan, serta "Mintak Nombor Boleh?" oleh Jenab binti Yunus. Besar muzium ni, Roslan dengan Chief Inspector Jamal Ghazal sekarang kat tingkat satu, di mana segala jenis lukisan lama dipamerkan, kat tingkat atas pula segala jenis arca serta tugu buatan dipamerkan. Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus membawa Roslan ke sudut "Ah Kau Jangan Cuba-cuba." di mana mayat Saleem berada. Mula-mula Roslan macam nak tergelak sebab mayat Saleem dalam keadaan orang tengah mabuk yang kelabing.


"Ish Saleem ni, dah nak mampus pun sempat lagi kelabing. Tak ubah perangai." ujar Roslan.


"Memang kaki kelabing ke Saleem ni?" tanya Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus.


"Hah memang. Masa cakap telefon hari tu pun dia tengah kelabing kat Kelab Malam Mari Mencucuk Bintang Sambil Gelas Di Tangan kat Bandar Kolumpo ni."


"Oh kelab tu. Best kelab tu, ramai chikaro Myanma--eh kembali ke topik asal. Awak profesor kan?"


"Haah, saya mengajar Sejarah Melayu Dulu-dulu kat KLMhu yang ada nyanyi-nyanyi promo kat TVTiga tu." ujar Roslan berbaur bangga.


"Oh."


"Jadi kenapa saya dipanggil ke mar-"


"Chief! Saya Nora Kamish, dihantar oleh Jabatan Forensik ke sini untuk menyiasat." tiba-tiba muncul seorang perempuan berpakaian kasual di sudut "Ah Kau Jangan Cuba-cuba" itu.


"Hmm, saya Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus." salam tangan lagi namun ditolak keras oleh Nora Kamish kerana bukannya mahram pun.


"Jabatan Forensik suruh saya datang sini untuk siasat mayat Saleem."


"Jabatan Forensik tak telefon saya pun."


"Baru sahaja keluar arahan tadi Chief."


Sementara mereka berdua sedang berborak dengan awkwardnya, Roslan mengamati dengan lebih dekat mayat Saleem. Semakin diamati, semakin jelas bahawa Saleem bukan dalam posisi mabuk sambil kelabing, sebaliknya dalam posisi bersilat. Dan baru Roslan sedar bahawa ada sekeping cokelat Kit Kat atas perut Roslan. Hmm. Apa lah yang Saleem ni cuba nak sampaikan? Silat dan Kit Kat?


"Encik Roslan! Saya perlu menemubual encik." jerit Nora Hamish kepada Roslan. Roslan tepinga-pinga, masih cuba merungkai kaitan antara silat dan cokelat Kit Kat.


"Tapi saya kena temubual Roslan secara bersendirian chief supaya berita ini tak sampai kepada media." ujar Nora Kamish lagi kepada Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus.


"Hmm, baiklah, saya dan konco-konco saya akan tinggalkan anda berdua. Jangan buat maksiat sudah lah ye, haha." selorohnya, inapproriate jugak.


Lalu Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus serta konco-konconya pun beredar dari sudut "Ah Kau Jangan Cuba-cuba" yang super femes itu. Mereka pergi berdiri jauh sedikit, di sudut lukisan "Binatang Kau Jemah." yang juga agak femes di kalangan VIP-VIP serta tan sri tan sri.


Roslan masih melutut di sisi mayat Saleem, mengamati dengan lebih dekat akan mayat bersilat itu.


"Encik Roslan, encik Roslan dengar saya betul-betul." kata Nora Kamish separa berbisik setelah konfem bahawa Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus dan konco-konconya jauh.


"Encik adalah saspek utama dalam pembunuhan Saleem. Encik tengok gambar ni." ujar Nora Kamish lagi sambil menghulurkan sekeping gambar berukuran A4 kepada Roslan.


"Gambar ini Jabatan Forensik saya dapat sepuluh minit tadi. Chief Inspector Jamal cuba memerangkap encik supaya encik mengaku sendiri yang encik bunuh Saleem."


Gambar di tangan Roslan adalah gambar mayat Saleem, di mana di sisinya terdapat satu tulisan. Pantun empat kerat yang ditulis dengan darah, kreatif.


Naik basikal pergi Kelantan,
Keris di pinggang diikat rapi;
Engkau lahanat dasar jantan,
Di dalam kuali menjadi api.
N/K: Cari Roslan bin Borhan di Hotel Durian.


"Chief Inspector Jamal dah padam tulisan ni sebelum encik tiba di muzium ni tadi. Perasan tak "N/K" di bawah pantun tu?"


"Nota Kaki? Kenapa Saleem suruh cari saya pulak? Sumpah bukan saya yang bunuh Saleem!"


"Ye saya tahu bukan encik yang bunuh. N/K tu bukan Nota Kaki, tapi Nora Kamish, datuk saya suruh cari encik, saya pun tak tahu kenapa."


"Awak cucu Saleem?"


"Cucu angkat."


"Pantun tu, pantun tu ada maksud lain tak encik?" soal Nora lagi.


"Tak payahlah encik-encik, pakai aku kau sudeh, skema benor nak berencik-encik, panggil abang pun takpe, kan lebih mesra gitu." ujar Roslan, cuba menggatal.


"Gatal. Ok, kita kena cari jalan untuk keluar dari sini, sebab Chief Inspector Jamal takkan benarkan kau keluar dari muzium ni, sebab dia dah yakin kau yang bunuh datuk aku."


"Kejap kejap, "engkau lahanat dasar jantan". Aku macam pernah dengar ayat tu." Roslan teringat.


"Kita kena cepat Roslan!"


"Lukisan! Itu nama lukisan Tuan Junub bin Besar! Kalau tak silap aku lukisan itu ada dalam muzium ni."


Roslan dengan cepat berlari-lari anak keluar dari sudut "Ah Kau Jangan Cuba-cuba". Chief Inspector Jamal dan konco-konconya yang sedang menghisap rokok danhill merah di sudut "Binatang Kau Jemah" tak perasan akan pemergian Roslan. Nora Kamish mengekori dari belakang.


Mereka tiba di suatu sudut, sudut lukisan yang dikategorikan sebagai "Tak Femes Sangat". Di situ terdapat satu lukisan bertajuk "Engkau Lahanat Dasar Jantan." Gambar lukisan itu menggambarkan seorang lelaki cuba mencuri daun teh di ladang teh yang kehijauan. Diamati lukisan tu dekat-dekat oleh Roslan, cuba mencari penunjuk atau apa-apa yang berkaitan dengan pembunuhan Saleem. Namun hampa.


"Cari mereka CEPAT!!" kedengaran suara Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus yang pasti sudah sedar akan kehilangan Roslan dan Nora Kamish.


"Kita kena keluar dari sini." bisik Nora.


Pengalaman Asrama 2

"Daus, kau betul ke tak sihat ni? Ke kau saja taknak pergi kelas?" soal Ishak.


"Aku demam betul ni. Kalau Cik Fazura tanya, kau cakap la aku memang tak boleh pergi kelas." balas Daus, lemah.


"Okeh."


Ishak pun melangkah keluar dari bilik Daus sambil menggeleng-gelengkan kepalanya yang berjerawat itu. Haih, tu la haritu aku dah cakap jangan main bola dalam hujan kau degil, marah Ishak dalam hati. Ishak berjalan ke biliknya. Rakan sebiliknya, Ah Chong masih tidur lena. Ah Chong pagi-pagi Khamis memang tak ada kelas, paling awal pun pukul 2 petang kejap lagi. Bilik Ishak dengan Daus bertentangan, hanya dipisahkan oleh satu koridor yang berbau stokin busuk.


Dicapai beg sandang berjenama Mike, lalu disarungkan sepasang kasut supra cokelat. Melangkahlah dia ke kelas. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 8.04 pagi. Dah lewat dah ni, tapi takpa, rakan-rakan sekelas Ishak yang lain pun dah faham, Cik Fazura bukannya masuk lagi, paling awal pun lapan suku kejap lagi baru nampak batang hidung.


"Daus mana Hak?" tanya Ghopal sebaik melangkah masuk ke kelas.


"Demam."


8.25 baru Cik Fazura masuk kelas. Dia ajar Fizik Kelas Atasan yang dipenuhi dengan formula-formula luar biasa. Bukannya pakai pun formula tu di dalam bidang pekerjaan esok-esok, sekadar menyusahkan pelajar-pelajar jurusan Fizik Asli di IPTA tersebut. Memang susah, bahkan Cik Fazura yang malas bangun pagi tu pun mengakui sendiri.


Ishak melalui hari itu dengan biasa. Kelas sampai ke Maghrib. Dah senja baru boleh balik bilik. Daus masih lagi di katil, berselimut. Rakan sebilik Daus memang jarang nampak di bilik, maklumlah rumah dia dekat, berulang dari rumah, jarang-jarang tidur di asrama yang disediakan.


Jam di tangan dah pukul 8 malam. Ishak menjeling ke arah bilik Daus, dalam selimut lagi.


"DAUS!! KAU TAKNAK MAKAN KE?!"


Terkujat Daus, lalu dia bangun duduk di sisi katil sambil mengesat-ngesat matanya yang bertaik.


"DAUS!! JOM LA MAKAN!!"


"Ha jom. Kejap aku nak cuci muka."


Daus pun bangun berdiri lalu pergi ke toilet untuk mencuci muka. Selang lima minit, Daus melangkah masuk ke bilik. Ishak masih di dalam biliknya yang bertentangan dengan bilik Daus. Hanya memerhatikan gerak geri Daus. Wajah Ishak tiba-tiba pucat.


"Hah jom Hak. Aku pun dah lapar ni sehari tak makan." ajak Daus.


"....jom."


Mereka pergi melantak di Gerak Mak Kiah yang hanya lima minit kalau berjalan kaki. Ishak tampak pucat, entah mengapa. Daus malas tanya kenapa Ishak pucat, sebab selalunya Ishak ni bergaduh dengan Joyah, makwe dia. Malas nak masuk campur urusan rumahtangga orang.


Habis makan, mereka pun pulang ke bilik masing-masing. Daus perasan tadi yang Ishak makan sikit saja. Haish, teruk bergaduh dengan Joyah ni, malaslah nak masuk campur, bisik hati Daus. Daus yang siang tadi demam sekarang dah kebah, dah sihat sikit dah.


Dah sampai ke bilik, Ishak cepat-cepat mencapai naskah Yaasin di dalam lokarnya lalu dibaca. Tak boleh nak baca kuat-kuat sebab nanti Ah Chong, rakan sebiliknya tak suka. Lalu dibaca dengan nada berbisik. Daus yang bertentangan dengan biliknya hanya memerhati. Daus tutup pintu biliknya lalu tidur, sebab nak betul-betul sembuh dari demamnya.


"Eh Hak! Kau taknak pergi kelas ke Hak?"


"....aku demam la Daus."


"La kau pulak yang demam? Hmm takpelah."


Kelas hari Jumaat kejap saja, setakat pukul 11 pagi. Lepas tu, bagi yang baik, bolehlah pergi mesjid, bagi yang malas, membuta lah sampai ke petang. Perangai pelik Ishak semalam masih di fikiran Daus, lepas tu, tetiba pagi ni dia pulak yang demam.


Habis je kelas, Daus pergi bilik Ishak. Ishak dah tak demam dah.


"Hak, takkan kau gaduh dengan Joyah sampai demam Hak?"


"Bila masa pulak aku gaduh dengan Joyah?"


"Habis semalam kau lain macam je, makan pun sikit."


"Takdelah."


"Habis tu?" soal Daus sungguh-sungguh.


"Aku nak cakap pun serba-salah la Daus."


"Ala cakap je la."


Ishak memandang tepat wajah Daus yang hitam itu, bangun, lalu menutup pintu biliknya rapat-rapat.


"Kau ingat tak malam semalam yang aku ajak kau pergi makan tu?"


"Haah. Kenapa?"


"Bila kau balik dari toilet tu, aku nampak something."


"Hah? Kau nampak apa?"


"Aku nampak...ish seram ah nak cerita."


"Kau nampak apa sial? Siang-siang Jumaat ni pun kau nak seram ke?"


"Aku nampak pakcik tua pakai baju putih janggut panjang pakai serban siap bawak tesbih ikut belakang kau. Bila kau masuk bilik kau tu, dia tak masuk, dia berdiri je kat pintu bilik kau tu. Aku tak nampak muka dia macam mana sebab dia tengok je apa yang kau buat dalam bilik kau. Aku ingat aku nak sound kau tapi aku tak boleh cakap, takut. Elok je kau nak keluar, dia toleh kat aku. Dia tenung muka aku, muka dia tengah marah, lepas tu dia hilang. Tu yang aku pucat malam tu, satu malam tu aku tak boleh tidur. Pagi esok bila kau datang kejut, terus aku demam."




Nota kakiku : Ini cerita betul, sebab tu anti-klimaks. Tak macam cerita hantu rekaan lain yang ending dibuat-buat supaya pembaca orgasma memancut-mancut, sekian. Lokasi yang betul adalah di UTM Skudai.




Monday, May 14, 2012

Piala Anganmu Musnah

Joyah berlari masuk ke bilik sambil mengesat air matanya yang berlinangan di pipi. Cuba ditahan air matanya namun gagal, teresak-esak dia sambil merebahkan badan ke atas katil. Mukanya ditekup ke bantal. Wuwuwu yang kedengaran.


"Yah, tak habis lagi ke bersedih tu?" sapa neneknya yang berada di muka pintu bilik Joyah.


Keluh. Neneknya berjalan lemah ke sisi katil lalu direbahkan punggungnya yang berkedut itu di atas tilam yang dibaluti dengan cadar gambar syaitan gergasi.


"Sudah lah tu cu. Jangan dengar sangat cakap orang lain." pujuk neneknya sambil membelai-belai kepala Joyah.


"Tapi nek...."


"Sudahlah.....tak elok menangis. Bazir air mata tu."


Joyah lantas bangun lalu memeluk neneknya yang kian dimamah usia itu. Terketar-ketar neneknya cuba membalas pelukan itu sebab Joyah boleh dikategorikan sebagai 3G, Gemuk, Gendut serta Gebu.


"Sudahlah tu cu. Lagipun kan dah menang satu hari tu."


"Haah, menang piala Charity Shield."


"HAHAHAHAHAHA." tetiba neneknya ketawa. Larat lagi ketawa biarpun sudah tua.


"Kenapa gelak nek? Yah sedih ni. Wuwuwu."


"Yelah, Charity Shield tu bukannya piala pun. Charity Shield tu adalah talam kenduri. HAHAHAHA. Blah lah lu Joyah." ditolak pelukan cucunya dengan kuat lantas memulakan tarian Afrika dengan bertujuan membahan Joyah.


"TALAM KENDURI TALAM KENDURI TALAM KENDURI." nyanyi neneknya sambil masih menari tatkala melangkah keluar dari bilik Joyah.


Wuwuwu.

Sunday, May 13, 2012

Tuan Punya Cincin ep4

Kreuk. Uk. Uk. Pintu dibuka perlahan-lahan. Sebuah kaki berbulu putih melangkah masuk. Kamera difokus ke arah batang kaki putih itu. Pang! Pintu terus ditolak keras. Kamera bergerak dari bawah kaki ke atas secara perlahan-lahan, mewujudkan suasana saspen. Belum pun sempat wajah pemilik kaki putih itu ditayangkan, skrin tiba-tiba gelap.


"Alejandro. Alejandro.." suara Lady Gaga kedengaran. Lagu Alejandro dimainkan secara kuat. Skrin masih gelap. Selang lima saat, lagu itu diperlahankan, dan babak episod lepas ditayangkan. Babak Ferodok dan Sang Goh Lum berjalan di atas sebuah bukit nan menghijau. Sekali-sekala wajah mereka di-zoom-in dan di-slowmotion-kan. Stok asam boi lupa dibeli, jadi surirumah bersanggul tinggi itu sekadar mengunyah chewing gum yang ada tatoo tipu di bahagian dalam pembalutnya. Belon ditiup. Pup! Belon chewing gum pecah lalu melekat di bibir surirumah yang merah itu. Dinganga luas-luas lalu dijilatnya chewing gum yang melekat di bibir. Sambung kunyah dengan gigi geraham belah kiri.


Skrin kembali gelap. Babak pintu dibuka perlahan-lahan sekali lagi diulang. Ada hati penonton yang menyumpah-nyumpah kerana tak sanggup menahan suasana saspen yang berlanjutan. Kreuk. Uk. Uk. Kaki bulu putih. Kamera naik secara perlahan-lahan ke arah muka. Kamera sampai ke bahagian tengkuk, yang juga berbulu putih. Kamera terhenti di situ.


Wajah Ferodok dan Sang Goh Lum kini tiba-tiba difokus. Ferodok ternganga kerana tidak menyangka wajah itu yang akan dilihat disebalik pintu. Sang Goh Lum hanya mampu memejamkan mata serta mengetip gigi kuat-kuat, dia terlalu takut. Ferodok masih ternganga. Matanya dibeliakkan secara perlahan-lahan. Kumis serta janggutnya terpampang di kaca televisyen. Apa?! Bisik hari Ferodok.


"Hai Ferodok." kata lembaga berbulu putih itu.


Wajah lembaga itu masih lagi misteri kepada penonton. Surirumah sedang mengunyah chewing gum yang kedua kerana yang pertama tadi dia tertelan sebab disangkakan tengah makan dodol. Pembalut chewing gum kedua disertai dengan tatoo tipu berupa sebuah kereta tempatan, Proton PrevƩ.


"Kau? Apa kau buat kat sini?" soal Ferodok kepada lembaga itu.


"Apa aku buat kat sini? Kau yang masuk kawasan aku. Kau tanya apa aku buat kat sini?" balas lembaga itu. Sang Goh Lum masih ketakutan, masih menutup rapat matanya. Gigi masih juga diketip kuat.


"Kawasan kau? Mana la aku tahu. Sang Goh Lum ni yang bawak aku ke sini." kata Ferodok sambil menjerit ke arah Sang Goh Lum.


"Oh yeke? La kenapa tak cakap awal-awal tadi? Aku ingatkan korang nak samun rumah aku."


Lantas lembaga putih itu yang masih lagi misteri kepada para penonton membuka ikatan yang mengikat tangan Ferodok dan Sang Goh Lum. Bahagian wajah lembaga itu masih lagi tidak ditayangkan kepada penonton. Tambah lagi hati penonton yang menyumpah sambil berkata, "Babilah siapa lembaga putih misteri ini? *buat belon guna chewing gum*"


Skrin digelapkan. Tukar ke babak lain. Lagu "Joget Angan Tak Sudah" dimainkan. Babak kali ini dilakonkan di ruang tamu. Ada meja kat tengah-tengah lepas tu ada tiga bijik sofa keliling meja. Ferodok duduk di salah satu sofa. Lembaga putih duduk di sofa bertentangan dengan Ferodok. Sementara Sang Goh Lum keluar ke halaman rumah untuk bermain di bawah pepohon kopi.


"Lama dah ke kau pindah sini Bee?" ujar Ferodok sambil mencicah sekeping biskut Hup Seng ke dalam secawan kopi yang dibancuh lembaga itu.


"Hmmm. Baru je. Tak sampai setahun pun. Sebenarnya ni rumah arwah nenek aku."


"Oo. Eh apa jadi dengan pasukan kau yang dulu tu?"


"........diorang tinggalkan aku dah. Sebab diorang cakap tak sesuai kalau lima orang, macam Power Rangers. Lagipun badan aku tak kaler-kaler macam diorang berempat." kata lembaga putih sambil menghirup kopi yang dibancuhnya. Sedap juga, masuk bakul angkat sendiri.


"Oo. Takpelah. Tanpa diorang pun kau boleh hidup jugak."


Saat yang dinanti-nantika tiba. Wajah lembaga putih itu terpampang di kaca tv! Hoh! Terkujat semua penonton di rumah serta di studio! Teletabis putih!! Comel! Chewing gum kedua tertelan jugak sebab terkujat. Kisah sejarah pasukan teletabis sebenarnya hanya diketahui segelintir orang.


Selain Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po, sebenarnya terdapat seorang lagi ahli pasukan iaitu Chom-Bee. Chom-Bee adalah teletabis baka albino, berbeza dari ahli pasukan teletabis yang lain yang kaler ungu, kuning, merah serta hijau. Alasan itu dipakai untuk menggugurkan Chom-Bee dari pasukan teletabis. Jadi membawalah diri Chom-Bee ke hutan ini untuk menetap di rumah arwah neneknya, Nek-Hang. Nek-Hang pun albino jugak. Sekian flashback cerita asal-usul Chom-Bee.


"Sedap kopi ni kau bancuh Bee."


"Tanam sendiri ni."


"Oh ye? Kau pakai baja apa?"


"Najis unikorn."


Tersembur keluar kopi dari hidung Ferodok. Cis! "Hmm, patutlah sedap" ujar Ferodok cuba menjaga hati tuan rumah. Adat orang Melayu kena jaga hati tuan rumah.


"Kau jalan dengan Sang Goh Lum tu nak pergi mana sebenarnya?" soal Chom-Bee sambil menuding ibu jari kaki ke arah Sang Goh Lum di halaman rumah.


"Aku nak cari member aku. Kau ingat tak Samsul member aku masa kecik-kecik kita selalu main acilot-at-at kat kampung dulu?"


"Samsul? Yang gemuk-gemuk tu?"


"Haah."


"Yang muka macam tenuk tu?"


"Haah."


"Yang malas mandi bau macam kerbau tu?"


"....haah."


"Yang suka berak belakang semak lepas tu di-"


"Ye ye, Samsul tu la, mana ada Samsul lain lagi." potong Ferodok cuba menghentikan penghinaan Chom-Bee terhadap rakan baiknya Samsul.


"Oh. Dia pergi mana?"


"Dia hilang masa tengah berak dua hari lepas. Sang Goh Lum cakap dia kena culik dengan penunggang unikorn hitam yang laju tu. Aku nak pergi cari dia la ni."


"Oh ye? Hmm. Aku bukan suka sangat dengan Samsul tu, busuk macam kerbau, ketiak bau hamis. Tapi kalau kau nak pergi tempat penunggang tu, kau perlukan bantuan aku."


"Hah?"


"Nah." ujar Chom-Bee sambil menghulurkan anak kunci kepada Ferodok.


"Apa ni?"


"Itu kunci belon udara aku. Laju la jugak. Kalau kau naik belon udara ni, cepat la sikit sampai."


Ferodok terus memeluk Chom-Bee sambil menangis. Terdengar lemah akan bisikan "Thank you" dari Ferodok ke Chom-Bee. Chom-Bee kekok. Hek eleh tak payahlah emosional sangat, aku ada lagi lima belas belon udara tu, setakat aku kasi satu, tak luak pun, bisik hati Chom-Bee si teletabis albino itu. Berlagak benar padahal belon-belon udara tu belum habis bayar pun. Bank pun dok cari Chom-Bee.


Setelah sesi berpeluk serta emosional tak tentu pasal, Ferodok memanggil menjerit Sang Goh Lum yang sedang asyik bermain di bawah pohon kopi milik Chom-Bee. Yep, bermain dengan baja najis unikorn. Sempat jugak dia bungkus dalam plastik sikit taik unikorn tu, tapi kantoi dengan Ferodok lalu dilempar ke dalam sungai bersebelahan rumah Chom-Bee.


Lepas ucap selamat tinggal sayonara godspeed bon voyage kepada Chom-Bee, mereka berdua pun lalu berlepas naik belon panas. Dalam misi menyelamatkan Samsul, dalam misi agar percutian ke Lembah Menggelegak blup-blup dapat direalisasikan.


"Babai Bah-Bee!!" ujar Sang Goh Lum sambil melambai secara spastik ke arah Chom-Bee yang berada di halaman rumahnya.


"CHOM-BEE LAH BANGANG!! BUKAN BAH-BEE!!" tengking Ferodok kepada Sang Goh Lum sambil menyiku kepala hotak Sang Goh Lum.


Sang Goh Lum hanya mampu kepeningan. Kesian. Sikit-sikit kena buli dengan Ferodok. Belon udara itu terbang menghala ke arah Barat, mengikut arah tujuan yang diberikan Sang Goh Lum. Makin lama makin tinggu makin lama makin tinggi sampaikan Chom-Bee hanya jadi sebesar taik hidung di mata mereka berdua.


Panorama akan keindahan Taman Negara Trinidad dan Tobago disajikan kepada penonton. Kali ni tak tertelan chewing gum dah. Serentak itu lagu "Mari Melawat Trinidad dan Tobago" sempena tahun melawat negara matahari tak timbul itu kedengaran di latar belakang. Lantas kamera pun di-zoom-out sehinggakan ternampak Planet Jangguih menandakan masuk waktu Maghrib bagi kawasan Tunjang dan yang sewaktu dengannya iaitu Sungai Jambu, Parit Gagak, Auxelira serta Gangliosida.


Hantarkan komen anda (tidak lebih dari 90 aksara) ke 82910 sekarang! Pemenang bertuah akan memenangi tiga buah novel hasil tulisan Nor Zukir bin Lamlam iaitu "Suatu Sore di Kodiang", "Kutampar Mukamu" dan "Eh eh Kau Jangan Cari Pasal."!! Hadiah adalah sumbangan Syarikat Buku Mohandran.

Thursday, May 10, 2012

Hari Ibu haram?

Qahrin sedang melepak di ruang tamu rumahnya sambil mengetip kuku kaki. Kuku ibu jari kakinya paling susah nak ketip, sebab tebal sangat. Berjaya diketip setelah lima ketipan diketip. Qahrin mengambil kuku itu lalu dibelek dekat-dekat, melihatkan tiada orang di sekeliling, dia meletakkan kuku itu di hadapan hidungnya, dihidu. Sedap juga bau kukuku, desus Qahrin.


"Kau buat apa tu Rin?" tegur ibunya dari belakang, entah dari mana muncul. Cepat-cepat Qahrin menjentik kuku kakinya keluar rumah.


"Tak buat apa la mak, ketip kuku." balas Qahrin yang sedikit marah kerana tak sempat menghayati bau kuku kakinya yang super tungkik itu.


"Eh mak, tadi kan Rin dapat BBM, dia cakap sambut Hari Ibu tu haram." ujar Qahrin lagi, sambil menghulurkan blekbiritnya suruh ibu dia baca.


"Yeke? Ustaz Ashar Derus ni sapa?" soal ibunya setelah membaca BBM anak lelakinya itu.


"Ustaz."


"Yela, ustaz mana?"


"Entah. Tapi dia ustaz, dia cakap haram, jadi haram la."


"Yeke? Habis semalam ustazah sebelah rumah yang mengajar mengaji ni cakap naik basikal haram. Jadi haram ke?"


"Itu lain la mak. Tapi ni Rin dapat dari BBM, semua benda kat BBM ni betul, tak pernah tipu."


"Macam kelakar arwah Bob meninggal sebelum arwah betul-betul meninggal yang Rin bagitau mak hari tu ke?" perli emak Qahrin.


"....tapi in-"


"Kenapa pulak haram Rin? Rin taknak ke sambut hari ibu untuk mak? Rin taknak ke belanja mak steambot sempena hari ibu? Rin taknak ke bawak mak jalan-jalan kat pekan sempena hari ibu? Rin taknak ke belikan mak baju polkadot sempena hari ibu?"


"Itu hari-hari pun boleh mak."


"Hari-hari pun boleh?? Bila last Rin buat semua tu kat mak?"


"Erk."


"....takpelah, Rin dengarlah cakap ustaz kebenda tu. Tapi mak kecik hati ni sebab Rin taknak selebrit dengan mak. Nanti esok-esok, kalau Rin nak kahwin, Rin pergilah suruh ustaz tu yang pinangkan untuk Rin. Mak taknak, mak merajuk dengan Rin."


"Tapi mak."


"Ah mak merajuk."


Ibu Qahrin terus melangkah masuk ke bilik sambil mengesat air matanya yang berlinangan di pipi. Sedih dan kecewa kerana anak lelakinya tidak mahu menyelebrit hari ibu bersamanya. Luluh hatinya.


"Kalau takut hilang akidah, jangan sambut." baca Qahrin di penghujung BBM itu. Ah! Takkanlah akidah aku nak hilang sebab sambut hari kegirangan untuk mak aku yang beranakkan aku, yang susukan aku dan yang besarkan aku?


"Mak!! Mak!! Rin minta maaf mak. Jom Rin bawak mak makan steambot mak." jerit Qahrin sambil meluru ke pintu bilik emaknya. Pintu dibuka. Emaknya terbaring di atas lantai.


"MAK!! MAK!!" jerit Qahrin, cemas. Tiada respon. Ibunya tidak bergerak. Qahrin lari ke sisi ibunya, melutut, dan menangisi akan pemergian ibunya. Baru sebentar tadi dok sembang elok, kini ibunya tel-


"OPOCOT MAK KAU!! KAU NI RIN JANGANLA BUAT MAK TERKUJAT!!"


"Eh mak hidup lagi?"


"YELA BANGANG, KAU NAK MAK MATI TERKUJAT KE APA TETIBA DATANG MEMEKAK KAT TELINGA MAK NI?!"


"Tak, tadi Rin jerit panggil mak, mak tak respon. Rin ingatkan mak da-"


"DAH APA? DAH MATI? MAK TAK DENGAR SEBAB MAK DENGAR IPOD NI HA!! KAU JUGAK YANG BAGI IPOD NI KAT MAK KAN?"


"Oh haah."


Maka pergilah dua beranak itu makan steambot sempena Hari Ibu. Sebelum makan depa baca bismillah, lepas makan pun depa ucap alhamdulillah. Balik rumah pun depa solat Maghrib. Tang mana hilang akidah pun depa bingung.





SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU GUA YANG KEWL LAGI HENSEM.

10.05.2012

Hari ni hari lahir mak aku.




Tu je la aku nak tulis.

Tuesday, May 8, 2012

The Kit Kat Code ep1

Saleem dikejar melalui celah-celah lorong yang tidak sempit di dalam kegelapan. Hanya lampu neon biru yang agak malap menerangi celah-celah lorong itu. Lampu neon itu sengaja dimalapkan agar tidak merosakkan lukisan-lukisan lama yang dipamerkan di situ. Antara lukisan yang paling femes adalah "Mama Lisa" hasil lukisan A. Zabidi Zukirdin, "Calit-calit Merah Biru Serta Jingga" hasil lukisan Supiah Anak Mantera dan "Perempuan, Kau Tak Senonoh!" hasil lukisan Budiman Haji Senang. Lukisan-lukisan di situ dijangkakan harganya mencecah ribuan dolar amareka!! Bukan sekali dua penyangak mencuba mencuri lukisan-lukisan itu, namun sudah pasti lebih dari sekali dua. Namun, kesemua mereka gagal, segagal-gagalnya. Sekuriti di muzium itu direka khas oleh pakar sekuriti dari Tapah, bertujuan mengekalkan penyagak di dalam muzium, sekali sahaja lukisan dijatuhkan, mekanisma organisma orgasma sama-sama akan menurunkan pintu gate besar gajah lalu terperangkaplah penyangak berlagak hebat di dalam muzium lalu polis datang dan hanya perlu menggari dan menyumbat mereka di dalam penjara. Begitu ringkas sistem sekuriti di situ.


Saleem bernafas dengan pantas, bukan dek kerana filem porno mahupun filem seram, namun kerana dikejar oleh penyangak. Dia dah agak dah dia akan dikejar, sebab tadi masa nak datang kerja kat muzium tu, dia rasa macam ada fenomena yang boleh masuk Harian Metro. Penyangak itu berbaju kaler hitam, berseluar jeans lusuh serta berkasut Adidas kaler oren. Sambil mengejar, di tangannya ada sepucuk pistol, jenama Samsung, berkaliber 0.50.


Saleem tahu ajalnya sudah hampir tiba, nak taubat pun lambat dah, nasib baik dia sempat solat Isyak sebelum datang muzium tadi. Ah Maghrib!! Desus hati Saleem. Aku lupa solat Maghrib!! Sial lah!! Carut Saleem di dalam hati. Kesal. Saleem dah kehabisan tenaga, lama jugak kena kejar dalam muzium besar ni, dah dekat 30 minit, habis berpeluh badan Saleem. Saleem nekad. Dia masuk ke suatu sudut pameran lukisan bertajuk "Ah Kau Jangan Cuba-cuba" hasil lukisan Joyas Bin Harun lalu direntap lukisan itu sekuat hati. "Ah Kau Jangan Cuba-cuba" yang menggambarkan seorang lelaki cuba menyelak kain skirt seorang perempuan itu jatuh ke lantai muzium. Lantas pintu gate besar gajah sudut itu turun secara otomatik, sistem penggera berbunyi, balai polis berdekatan juga mendapat signal bahawa muzium itu sedang disamun. Saleem terduduk, sebab penat sangat.


Penyangak itu muncul dari depan pintu gate besar gajah. Saleem terperangkap di sudut itu disebalik pintu gate besar gajah. Pistol diacu ke arah Saleem melalui celah-celah pintu gate besar gajah, jari telunjuk penyangak diletak rapat di atas picu pistol buatan Samsung itu.


"Mana keris tu?" soal penyangak tersebut, sambil mengembang-ngembangkan lubang hidungnya. Berbulu.


"Pergi mampus lah kau!! Ahli Persatuan Keris Rahsia akan bunuh kau lepas ni!!"


"Kau adalah ahli terakhir yang hidup. Semua yang lain dah meninggal. Sebelum aku tembak kau, baik kau cakap!"


"Apa? Dah meninggal?"


"Ye."


"Kalau kau nak tahu, keris tu tak wujud pun, itu hanyalah lagend-"


BANG! Tembakan dilepaskan. Kena kaki Saleem, kesian Saleem, sakit. Saleem menjerit kegirangan.


"CEPAT CAKAP ORANG TUA!!"


"Babi sakit la sial kau tembak aku!! Hah yelah-yelah, keris tu ada kat Jeli!! Ah sakit betul kaki ak-"


BANG!! Tembakan kedua. Kena perut Saleem. Kesian Saleem lagi. Saleem jerit sekali lagi. Kali ini lebih lemah sebab tadi dah jerit kuat sangat.


"Terima kasih orang tua. Semoga kau mati dengan aman."


"Ergh." Saleem hanya mampu terbaring sambil mengeluh ala-ala orang kegersangan disorongkan porno Rusia.


Sepantas kilat penyangak berpistol Samsung itu pun blah dari lokasi kejadian. Laju betul. Pejam celik dia dah hilang dari pandangan Saleem.


Saleem masih terbaring. Tembakan ke perut dan kaki tak membunuh Saleem serta-merta, dia hanya akan meninggal dalam masa doploh minit. Jadi Saleem pun nekad mahu membuat sesuatu. Dengan lemah, Saleem merangkak dan menulis sesuatu di atas lantai muzium dengan darahnya, kreatif bakhang. Tulisan dia takda lah cantik sangat, bolehla. Lepas habis tulis, Saleem baring terus atas lantai dengan posisi seperti orang sedang bersilat, kakinya dibengkokkan sebelah, sementara tangan kanannya seolah-olah mencucuk langit. Sekali tengok macam orang tengah kelabing. Kena tengok betul-betul baru nampak macam orang bersilat. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Saleem mengeluarkan cokelat Kit Kat yang dibeli di Seven Eleven berdekatan dan meletakkan Kit Kat tu atas perut dia. Saleem meninggal. Al-fatihah.


Tak lama lepas tu, Chief Inspector Jamal Ghazal Tarbus dan konco-konconya pun tiba. Siasatan dijalankan. Tulisan Saleem sebelum meninggal dijadikan petunjuk. Suspek utama sudah dikesan dan dihubungi. Roslan Bin Borhan! Profesor Roslan adalah suspek utama.


Siapakah penyangak itu? Kenapa mencari keris? Siapakah Saleem? Kenapa Saleem beli Kit Kat? Siapa pula gerangan Roslan Bin Borhan? Adakah Roslan jahat? Atau baik? Atau kedua-duanya? Pondan? Lembut? Lembik? Keras?


Nantikan sambungannya bila penulis ada mood mahu sambung cerita tahyul ini.


Sedikit tentang penulis : super kacak serta mampu mengimbangi dan memusingkan sekeping buku segi empat di atas jari telunjuk, selama 193 hari!!


Friday, May 4, 2012

Tuan Punya Cincin ep3

"...jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tem.." Berkumandang sudah lagu tema cerita murahan yang menjadi bualan surirumah-surirumah serta remaja-remaja yang bakal menduduki SPM bulan hadapan. Asam boi! Asam boi masih di dalam peti ais! Sepantas kilat kaki surirumah yang bersanggul tinggi itu melangkah ke peti ais yang terletak bersebelahan dapur cap Singer, pintu peti ais direntap, mata meliar mencari plastik putih, plastik putih dicapai, pintu peti ais dihempas! Dapat! Asam boi!


Macam biasa, babak-babak menarik dari episod lepas ditayangkan. Gambar Ferodok, gambar Sang Goh Lum serta gambar Samsul. Lagu Bawaku Pergi masih dimainkan di latar belakang, entah mengapa lagu ini dipilih sebagai lagu tema, sedangkan tak masuk langsung dengan jalan cerita, maklumlah asalkan lagu tu tengah meletup pasti dijadikan lagu tema biarpun temanya adalah kisah percintaan antara kuda laut dan badak tetapi lagu temanya adalah "Ghazal Untuk Rabiah" nyanyian M Nasir dan Jamal Apaapasahajalah.


Mengikut episod lepas, Ferodok dan Sang Goh Lum telah memulakan pengembaraan mencari Samsul yang diculik ketika berak. Entah sempat basuh atau tidak semasa diculik, itu tidak diterangkan kepada penonton. Terpulang kepada penonton untuk menilai.


Sang Goh Lum melompat-lompat kegirangan seperti teletabis di atas bukit hijau sambil mengejar-ngejar beberapa ekor lalat yang terbang menyebulunginya. Seronok sungguh Sang Goh Lum, sentiasa ceria. Ferodok mengikut dari belakang sambil menggalas sebuah beg yang besar gajah. Dia kelihatan penat. Panorama alam yang hijau ditayangkan kepada penonton, lokasi pengambaran di Kepulauan Mauritius mungkin, paling tidak pun mungkin di Taman Negara Tirinidad dan Tobago. Serba kehijauan.


"Jauh lagi ke Sang Goh Lum?" soal Ferodok tanpa was-was.


"Dah tak jauh tuan! Lagi sebulan sampai tuan baik tuan baik tuan!" jawab Sang Goh Lum, juga tanpa was-was.


"SEBULAN? You must be kidding me man! Oh man!" Ferodok membalas.


"Sebulan tu tak lama tuan. Kejap je. Kalau tuan nak tahu, sebulan tu pejam celik pejam celik je tuan!" Sang Goh Lum. Yakin. Masih terkejar-kejar beberapa ekor lalat sambil skipping.


"Kepala hotak kau pejam celik peja-"


Skrin digelapkan, tak sempat pun Ferodok nak habiskan ayat "pejam" kat atas. Gambar di skrin dicondongkan sembilan puluh darjah, agak kabur, dan berkelip-kelip. Gambaran dari mata seseorang yang sedang bangun dari tidur atau koma atau pengsan, dengan keadaan kepalanya dalam posisi berbaring di sisi.


Skrin bertukar. Kepala Ferodok yang terbaring di sisi menutup penuh skrin televisyen. Jerawat yang tampak jelas di dalam episod lalu sudah hilang, mekap artis melakukan kerja dengan baik, itupun setelah ditengking oleh pengarah yang super bengis. Ferodok cuba berkata-kata, namun suaranya lemah. Entah di mana dia berada, entah hari ini hari apa, entah sekarang jam berapa, Ferodok langsung tak ingat.


"Ergh....kat mana aku ni...?" dengar jugak la sikit-sikit suara Ferodok.


"Tuan....tuan dah bangun tuan?" Sang Goh Lum duduk di sebelah Ferodok, dengan tangannya di belakang, diikat mungkin, takkan tengah menggaru jubor pula, itukan tak sopan ditontonkan kepada penonton yang mengunyah asam boi?


"Tak. Aku tengah tidur ni...SAH-SAHLAH AKU DAH BANGUN BANGANG!! KITA KAT MANA NI BAHALOL!!" ujar Ferodok. Tangan ke dada. Mata ke atas. Hidung ke kanan. Jubor ke bawah. Serta kaki hentak-hentak.


"...kita kena kidnap tuan. Sang Goh Lum rasa Ahli Sifir Putih dengan geng dia kidnap kita tuan."


"AHLI SIFIR PUTIH AND THE GANG?!" jerit Ferodok sambil bangun duduk dan bersandar di dinding. Tangannya juga di belakang. Juga bukan menggaru jubor. Hanya diikat oleh penculik.


Secara tiba-tiba, lagu "Susun Silang Kata" nyanyian Aizat dimainkan. Secara separa full volume. Saspen. Asam boi. Dikunyah. Bunyi tapak kaki derap-derup juga kedengaran. Lebih kuat dari lagu Aizat. Tambah saspen. Tambah asam boi. Dikunyah. Wajah Ferodok dan Sang Goh Lum yang sedang saspen mendengarkan bunyi tapak kaki di-zoom-in secara bergilir-gilir, dengan teknik kamera sinetron.


Bunyi tapak kaki terhenti. Lagu Aizat yang tak berapa nak sedap itu pun terhenti. Suasana sunyi. Sepi. Bunyi cengkerik. Bunyi anak kunci yang dimasukkan ke dalam lubang kunci kedengaran. Anak kunci dipusing. Pintu bilik yang dijadikan tempat mengurung Ferodok dan Sang Goh Lum dibuka. Secara. Perlahan. Lahan. Lahan. Lahan. Bunyi kreuk hasil bukaan perlahan-lahan pintu itu dimainkan secara kuat nak mampus dan kamera pun zoom-out dengan laju gila babi sampaikan planet Cqydk terpampang di skrin menandakan waktu Maghrib dah masuk bagi kawasan Pulau Kentut Kecil dan kawasan yang seaktu dengannya (Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Tapi Taknak Mengaku Dia Kentut Lepas Tu Dia Tuduh Orang Lain Kentut (Pulau KTTMDKLTDTOLK)). Keluarlah Amy Search ke kaca televisyen bagi mem-bang-kan azan Maghrib.


Siapakah yang menculik Ferodok dan Sang Goh Lum?


A. Unikorn putih yang ingin membalas dendam akan kekejian Sang Goh Lum yang gemar bermain dengan najisnya.


B. Hantu Pocong putih yang sudah bosan berlakon drama Amukan Pocong sebab dah berapa episod dah dia dok mengamuk sampai dia pun naik bosan lalu dia tukar angin berlakon cerita lain pulak.


C. Tok Janggut.


D. Ahli pasukan teletabis yang baru. Yang berpakaian serba putih.


Taip "MUKA KAU BURUK MACAM LORI TAPAK PEMBINAAN RUMAH TERES BERTARAF SEDERHANA [pilihan jawapan]" dan hantarkan ke nombor telefon kau sendiri. Pemenang bertuah akan memenangi sembilan belas tiket ke funfair Taman Bangku Sekolah tajaan Encik Maarof bin Bohran.





Thursday, May 3, 2012

Nombor paling best

Ah, najis. Dah ada orang beli rupanya.

Wednesday, May 2, 2012

Awang dan Jenifer

Awang telah lama menanti di situ. Menanti dengan penuh sabar. Sudah dekat setengah jam lebih rasanya. Awang pun bukannya ada jam tangan, tak tahulah pula sudah berapa lama secara tepat. Hari-hari minggu begini, kediaman rumah pangsa memang sunyi, sama ada kebanyakannya sedang membuta, ataupun ke pasar. Awang bangun awal, lagi awal dari azan Subuh. Maklumlah, nak dating. Jenifer tak sampai-sampai lagi. Memang dasar janji melayu, desus hati Awang.


Sudah dekat dua bulan Awang dengan Jenifer bercinta. Awang suka Jenifer, Jenifer pun suka Awang. Suka sama suka. Tapi, orang tua Jenifer tak suka Awang. Sebab Awang termasuk dalam kategori jalanan. Miskin, lekeh, busuk serta kurap. Kesian Awang. Bukan tak berusaha, tapi sukar bagi Awang hendak menukar nasib hidupnya. Awang merenung jauh, membayangkan betapa bahagia hidupnya jika dapat bersama-sama Jenifer seumur hayatnya.


"Hai Wang, lame ke tunggu?"


"Eh Jen, takdelah, kalau lame pun takpe." kata Awang, terloncat sikit sebab terkejut.


"Eh Jen, ni Wang ade bawak kentaki kat Jen. Wang jumpe dalam tong sampah tepi parking berkupon tu. Jamahlah sikit." ujar Wang lagi, bersungguh-sungguh mempelawa Jenifer. Bukan ajak-ajak ayam.


"Kentaki...? Takpelah Wang, Jen dah melantak dah tadi. Wang je lah makan." tolak Jenifer. Unimpressed.


"Ala Jen ni. Penat tau Wang carikan kat Jen. Jamahlah sikit. Sikit pun jadilah Jen."


"Hmm..yelah. Kite makan sorang sikit eh?"


"Okay." ujar Awang tersenyum.


Kentaki itu pun lalu dilahap mereka berdua. Tapi Awang paling banyak makan. Jenifer sekadar gigit-gigit bahagian kulit kentaki yang garing. Bukannya Jenifer tak suka kentaki, tapi Jenifer faham, Awang tu yang lapar sebenarnya. Lagipun, Jenifer suka tengok Awang makan, nampak comel.


Dah habis makan kentaki. Awang pun ajak Jenifer pergi jalan-jalan. Jenifer tak tolak pelawaan Awang, sebab Jenifer suka jalan-jalan. Nak dipimpin tangan Jenifer, Awang tak boleh, bukan mahram. Lagipun susah bagi Awang mahu berjalan sambil pegang tangan Jenifer. Berjalanlah mereka menuju ke sebuah bangku panjang di bawah pohon terung yang redup itu. Sesekali Awang menjeling ke arah Jenifer yang catwalk itu, anggun.


Bangku itu menjadi saksi akan dating mereka pagi itu. Biarpun bahang matahari sudah terasa, mereka seronok bersembang. Sesekali Awang menjilat badannya yang terasa panas. Jenifer hanya tergelak kecil. Kupu-kupu yang datang singgah bertumpang teduh di bangku itu dihalau Awang. Tak mahu diganggu. Jenifer gelak lagi.


"Hai Jen, apa khabar?" sapa Brad yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.


"Hai Brad, Jen sihat. Brad nak pergi mane tu?" balas Jen mesra, sengaja membangkitkan rasa cemburu Awang.


"Brad nak pergi gym kejap, main dambel." balas Brad, megah, sambil melipat-lipat sikunya bertujuan menampakkan otot dan urat lengannya.


Brad pun berlalu. Sambil menjeling ke arah Awang. Awang hanya menyepetkan matanya ke aras Brad, tanda amaran bahawa Jenifer kepunyaannya. Takut juga Awang sebab Brad tegap, Awang kurus. Tapi kena tunjuk kuat depan Jenifer, nanti Jenifer lari ikut Brad, habislah Awang.


"Jen ni, janganlah layan Brad tu."


"Ala Wang, dah dia tegur, Jen balas je la. Wang jeles eh?"


"Hoi mana ada!" bangkang Awang sambil meregang-regangkan kakinya yang lenguh. Terdengar akan letupan kecil tulang kakinya. Lega.


Awang dan Jenifer pun sambung bersembang lagi. Tengah-tengah dok sedap bersembang, tiba-tiba sebuah kereta Saga berwarna kuning masuk ke kawasan parking. Awang mengeluh. Orang tua Jenifer sudah pulang dari pasar. Menandakan dating mereka berdua pun tamat.


Jenifer bangun dan menggaru-garu kepalanya dengan kaki, sesekali meregangkan tangannya sambil memusingkan kepalanya laju-laju. Awang hanya memerhati.


"Oklah Wang, Jen kene pulang ni."


"Hmm..yelah."


"Bye Wang."


"Bye."


Jenifer melompat turun dari bangku dan terus berlari-lari anak ke arah Saga kuning tersebut. Orang tuanya sudah pun keluar dari kereta, sambil tanggannya menggenggam plastik berwarna biru. Jenifer berhenti betul-betul di tepi orang tuanya dan menggesel-geselkan kepalanya yang berbulu itu di kaki orang tuanya. Sambil mengeluarkan bunyi seolah-olah orang berdengkur.


"Jenifer...Jenifer pergi mana tadi? Ni mak ada belikan ikan termenung kat Jenifer. Alololololo comeinya dia." kata orang tua Jenifer sambil menggaru-garu bawah dagu Jenifer. Bukan main seronok Jenifer.


"Jenifer janganlah selalu sangat turun kat tempat parking ni. Kang kena langgar kereta. Lagipun jangan kawan dengan kucing kurap tu! Kotor!" ujar orang tuanya lagi.


Jenifer hanya menggulingkan-gulingkan tubuhnya yang berbulu lebat atas jalan raya. Bukannya gatal, tapi saja berlagak comel di hadapan orang tuanya, manalah tahu-tahu kalau orang tuanya termakan akan aksi comel itu lalu diberikan dua ekor ikan termenung segar dari pasar, nyum!


Kesian Awang. Hanya mampu melihatkan aksi Jenifer dari jauh. Eleh, dapat ikan terus lupa kat aku, bisik hati Awang sambil menjilat-jilat ekornya yang berkurap.


Meow.